Lelaki didakwa guna dokumen palsu tuntut bayaran lebih RM800,000
Lelaki didakwa guna dokumen palsu tuntut bayaran lebih RM800,000
KOTA KINABALU: Seorang pemandu kenderaan berat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu dalam tuntutan bayaran kos pengangkutan Projek ‘Community Drumming’ berjumlah RM882,560 di Keningau pada 2019.
Junaidi Juling, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, iaitu Copy of Invoice PSS Keningau 2 untuk menipu dalam tuntutan bayaran kos pengangkutan Projek ‘Community Drumming’ di bahagian Keningau.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah di Keningau antara 1 Oktober hingga 27 November 2019.
Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 468 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
Abu Bakar kemudian membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin tempatan, selain mengarahkan tertuduh melapor diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat.
Mahkamah turut menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.
Projek ‘Community Drumming’ merupakan inisiatif kerajaan bagi menampung kos pengangkutan tujuh barangan keperluan, iaitu beras, minyak masak, gula, tepung, diesel, petrol RON95 dan gas LPG, supaya penduduk luar bandar serta pedalaman dapat menikmati harga barang yang sama dengan penduduk bandar.
Sementara itu di mahkamah sama, dua lelaki masing-masing berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan Junaidi untuk melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan tarikh yang sama.
Disyorkan Untuk Anda :
- Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?
- bu Saudara Siti Nuramira Enggan Terima Beliau
- Lapuran Polis Rafizi Hanyalah Copy Paste Strategi Mahathir Dalam Character Assassination
Arkitek, Saina Tamin, 47, dan jurujual, Mohd Rahmad Ambotou, 33, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama yang boleh dihukum bawah Seksyen 468 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abu Bakar membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin tempatan, dan mengarahkan mereka melapor diri dua bulan sekali di pejabat SPRM terdekat, selain menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes.
Norsham turut menjalankan pendakwaan kes berkenaan, manakala kedua-dua tertuduh tiada diwakili peguam. – BERNAMA
Lelaki didakwa guna dokumen palsu tuntut bayaran lebih RM800,000
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :