Mata wang Singapura terus mengukuh, jauh tinggalkan Ringgit

Mata wang Singapura terus mengukuh, jauh tinggalkan Ringgit
DOLAR Singapura meningkat kira-kira 4.4 peratus berbanding mata wang lain sejak Oktober tahun lalu.-AFP

SINGAPURA : Dolar Singapura terus mengukuh dan berkembang mengatasi paras rekod berbanding beberapa mata wang lain di dunia.

Nilai mata wang itu bahkan mengatasi yen di Jepun serta meninggalkan Ringgit Malaysia jauh di belakang dengan RM3.20 bagi satu dolar Singapura yang meningkat empat peratus daripada RM3.08, awal Januari lalu.

Awal tahun lalu, satu dolar Singapura bersamaan kira-kira 85 yen, sebelum meningkat kepada paras tertinggi pada 99.71 yen, Khamis lalu, sekali gus menandakan peningkatan kira-kira 17 peratus.

Mata wang tempatan terus mengukuh berbanding euro dan pound sekali gus mencipta sejarah minggu lalu.

Data Wall Street Journal menunjukkan satu euro bersamaan 1.42 dolar Singapura pada Khamis, hanya sedikit perbezaan daripada paras rendah 1.39, 14 Julai lalu.





Awal tahun ini, satu euro bersamaan 1.50 dolar Singapura.


Disyorkan Untuk Anda :


Nilai mata wang pound juga menyaksikan hari terburuknya berbanding dolar Singapura 14 Julai lalu, apabila mencecah paras 1.65, berbanding 1.80 pada permulaan tahun.

Sementara itu, mata wang Singapura didagangkan pada paras tertinggi berbanding negara serantau seperti won, Korea Selatan dan baht, Thailand.

EKONOMI BERKEMBANG

Penganalisis Mata Wang Kanan MUFG, Jeff Ng berkata, kelemahan mata wang seperti di India dan Filipina boleh dikaitkan dengan defisit perdagangan negara itu sendiri yang semakin melebar ketika harga komoditi yang tinggi.

Disebabkan itu, Penguasa Kewangan Singapura mengetatkan dasar monetari empat kali dalam tempoh sembilan bulan.





Secara keseluruhannya, Ng menjelaskan dolar Singapura meningkat kira-kira 4.4 peratus berbanding mata wang lain sejak Oktober tahun lalu.

Katanya, pertumbuhan berterusan dalam ekonomi Singapura memberikan mata wang tempatan sedikit momentum berbanding negara jiran lain.

“Sektor pembuatan utama disokong oleh elektronik. Perkhidmatan moden seperti kewangan juga berjalan baik, manakala perkhidmatan yang dilanda wabak Covid-19 juga beransur pulih.

“Ekonomi yang masih berjalan baik adalah disebabkan prestasi dolar Singapura terus mengukuh berbanding kebanyakan mata wang lain,” jelasnya.

MASA TERBAIK MELANCONG

Mata wang yang lebih kukuh jelas merupakan berita baik bagi individu yang ingin melancong, tetapi adakah terdapat implikasi kepada sektor perniagaan dan ekonomi Singapura yang lebih luas?





Pakar Strategi Pertukaran Mata Wang asing Kanan DBS Group, Philip Wee menjelaskan perbezaan dalam tindakan bank pusat global mempengaruhi prestasi pelbagai mata wang.

Jelasnya, semuanya bermula apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar kenaikan dolar AS lebih agresif.

Pelabur yang mencari perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi global juga berpusu-pusu ke dolar AS, seterusnya menyemarakkan kenaikan dolar berbanding mata wang lain.

“Sebagai contoh, mata wang euro jatuh berbanding dolar AS pada 13 Julai lalu, buat kali pertama dalam hampir 20 tahun.

“Mata wang tunggal Eropah pulih kepada 1.02 pada petang Khamis, tetapi kekal menurun 10 peratus berbanding mata wang AS,” katanya.





Peningkatan dolar Singapura berbanding kebanyakan mata wang lain sangat bermakna kepada individu yang ingin melancong ke Eropah atau Jepun.

Secara teorinya, pengimport atau perniagaan yang beroperasi di luar negara mungkin mendapat beberapa faedah, manakala, pengeksport sebaliknya mungkin mengalami sedikit kesulitan.

Menurut Ng, kebanyakan sektor perdagangan antarabangsa akan mengekalkan harga dalam dolar AS.

“Walaupun dolar Singapura mungkin meningkat berbanding mata wang lain, kelemahan berbanding dolar AS masih menyebabkan sebarang manfaat akan dikurangkan,” jelasnya.-CNA

Pengusaha hotel mahu caj bilik dalam dolar AS





Mata wang Singapura terus mengukuh, jauh tinggalkan Ringgit


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker