Melaka beri kelonggaran bayar tunai di klinik, hospital kerajaan

JASIN: Penduduk Melaka yang menggunakan perkhidmatan di fasiliti kesihatan di negeri itu masih lagi dibenarkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai sehingga akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata kelonggaran itu diberi memandangkan kebanyakan klinik kerajaan di negeri itu terletak di kawasan luar bandar yang mungkin masih belum bersedia untuk menerima transaksi bayaran tanpa tunai.

Pada masa sama, beliau berkata, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan dan klinik serta hospital kerajaan terdiri daripada warga emas yang tidak mempunyai kemudahan kada kredit atau debit.

“Kebanyakan klinik kesihatan di Melaka terletak dalam kawasan luar bandar dan sudah pasti ramai pesakit yang terdiri daripada warga emas tidak mempunyai kad kredit atau debit sekali gus menyukarkan mereka untuk membuat pembayaran.

“Jadinya, kita masih lagi memberi kelonggaran kepada mereka dengan memberi pilihan sama ada mahu membayar secara tunai atau kad, yang mana lebih memudahkan mereka, tiada masalah,” katanya selepas merasmikan Program Merlimau Berpeluh 2.0 di perkarangan Sekolah Rendah Arab, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Merlimau Pasir, Merlimau di sini hari ini.





 


Disyorkan Untuk Anda :


Selain larian sejauh lima kilometer yang disertai lebih 1,000 peserta itu, pameran daripada beberapa jabatan serta agensi kerajaan turut diadakan seperti Jabatan Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Melaka beri kelonggaran bayar tunai di klinik, hospital kerajaan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh (baju merah) turut menyertai larian sejauh lima kilometer sempena Program Merlimau Berpeluh 2.0 di sekitar Kampung Merlimau Pasir, hari ini. – NSTP/Amir Mamat

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh dalam satu surat pekeliling, memaklumkan, kementerian itu menetapkan semua agensi di peringkat Persekutuan dan negeri menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan.

Langkah terbabit, antara lain bertujuan untuk mengurangkan risiko berlakunya ketirisan wang awam, selain meningkatkan kecekapan pengurusan terimaan hasil di kaunter dengan lebih cepat, mudah dan selamat.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata pihaknya sentiasa melaksanakan perkhidmatan terbaik tanpa membebankan orang ramai, terutama warga emas serta golongan B40.





Justeru, katanya, perkhidmatan cemerlang tidak akan bermakna sekiranya ia menyulitkan orang ramai untuk berurusan dengan jabatan serta agensi kerajaan.

“Kerajaan berusaha untuk berkhidmat tanpa menyulitkan urusan orang ramai dan menjadi harapan kami supaya orang ramai berpuas hati dengan setiap layanan serta perkhidmatan yang diberi,” katanya.

Melaka beri kelonggaran bayar tunai di klinik, hospital kerajaan
Penduduk Melaka yang menggunakan perkhidmatan di fasiliti kesihatan di negeri itu masih lagi dibenarkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai sehingga akhir tahun ini. – Foto hiasan

PRN Melaka: Dr Akmal, Profesional Muda Mampu Majukan Merlimau Sekiranya Terpilih

Melaka beri kelonggaran bayar tunai di klinik, hospital kerajaan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker