Pelajar samun penjawat awam wanita idam iPhone8

Pelajar samun penjawat awam wanita idam iPhone8

Pelajar samun penjawat awam wanita idam iPhone8
– Foto hiasan

PUTRAJAYA: Polis menahan seorang remaja berusia 14 tahun kerana disyaki terbabit kes cabul dan samun seorang penjawat awam di sebuah kuaters penjawat awam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata suspek yang juga pelajar di pusat kerajaan ditahan anggota Bahagian

Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya jam 1.20 tengah hari tadi.

Beliau berkata, penahanan suspek adalah hasil risikan di sekitar pusat kerajaan itu dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).





“Hasil soal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kes itu kerana teruja mahu memiliki telefon bimbit jenis iPhone8 seperti dimiliki mangsa kerana usaha untuk mendapatkan daripada keluarganya tidak dilayan.

“Polis turut merampas barangan kes iaitu telefon bimbit milik mangsa, selain pakaian suspek sebagai barang bukti. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Semalam, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam, kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa berusia 30-an sedang berjalan menuju ke rumahnya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak badan mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan mangsa berisi wang tunai RM300 sebelum melarikan diri melalui laluan tangga.





Penjawat awam antara ditahan positif dadah

Pelajar samun penjawat awam wanita idam iPhone8


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker