Pemandu remaja maut nahas 3 kenderaan

Pemandu remaja maut nahas 3 kenderaan

Pemandu remaja maut nahas 3 kenderaan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut apabila Toyota Hilux yang dipandunya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kinabalu, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata mangsa yang juga seorang penjual ikan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, nahas jam 2.45 pagi itu berlaku ketika Toyota Hilux terbabit sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke Jalan Kuching.





Setiba di lokasi, beliau berkata, kenderaan itu dipercayai terbabas ke pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta Honda CRZ HyBrid serta Honda HRV yang datang dari arah bertentangan.

 


Disyorkan Untuk Anda :


“Akibat perlanggaran itu, pemandu Toyota Hilux yang bekerja sebagai penjual ikan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

“Seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu Honda HRV turut cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

“Bagaimanapun, pemandu Honda CRZ HyBrid yang merupakan lelaki berumur 25 tahun, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.





Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh menghubungi Balai Polis Trafik (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik/JSPT), Jalan Tun HS Lee, melalui talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur: 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Hilux berjaya dibawa naik, mangsa belum dijumpai

Pemandu remaja maut nahas 3 kenderaan






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker