Pesara kerajaan dakwa rugi lebih RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Pesara kerajaan dakwa rugi lebih RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Pesara kerajaan dakwa rugi lebih RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Gambar hiasan

SEREMBAN: Seorang pesara kerajaan mendakwa kerugian lebih RM200,000 akibat ditipu sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa tiga jam saja.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 61, mendakwa beliau dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan Telegram berkait ‘pelaburan’ yang mempunyai kira-kira 1,000 ahli, 16 Jun lalu.

Katanya, ahli dalam kumpulan media sosial itu memuat naik gambar wang, barang kemas dan pelbagai barangan yang kononnya diperoleh daripada hasil pelaburan berkenaan.

“Seorang daripada ahli kumpulan itu dipercayai ketuanya memaklumkan jika saya membuat pelaburan sebanyak RM1,000, saya akan mendapat pulangan RM3,000 hanya dalam masa tiga jam,” dakwanya pada sidang media, di sini, hari ini.





Ika memaklumkan, beliau kemudian bertanya kepada salah seorang ahli kumpulan Telegram berkenaan mengenai pelaburan itu, dan individu terbabit memberi jawapan agak meyakinkan.

“Dia memberitahu kononnya pelaburan itu sangat bagus dan tidak mengecewakan, malah mencadangkan supaya saya menyertainya,” katanya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Susulan itu, Ika mendakwa, beliau menyertai pelaburan berkenaan pada 20 Jun lalu membabitkan transaksi RM1,000 melalui satu akaun bank.

“Bagaimanapun, sindiket memaklumkan kononnya saya perlu menambah pelaburan jika mahu mendapatkan pulangan kerana ia adalah prosedur biasa bagi pelabur baharu. Saya kemudian membuat 10 transaksi ke dalam akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM202,500,” dakwanya.





Ika mendakwa, beliau mula mengesyaki diri terperdaya apabila diugut kononnya tidak akan menerima hasil keuntungan jika gagal menambah pelaburan.

Justeru, katanya, beliau bertanya kepada seorang pakar mengenai pelaburan itu yang kemudian memberitahu bahawa ia adalah ‘scam’, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sikamat, di sini, 6 Julai lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon, menasihati orang ramai supaya jangan mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang tidak masuk akal.

“Cuba dapatkan pendapat daripada orang terdekat atau pakar, dan bukan mudah percaya kepada orang tidak dikenali,” katanya.

IKA NABELLA AKUI SEDIH NAMUN SABAR DENGAN UJIAN





 

Pesara kerajaan dakwa rugi lebih RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker