Presiden baharu Sri Lanka ‘tunjuk taring’, arah bertegas dengan penunjuk perasaan

Presiden baharu Sri Lanka ‘tunjuk taring’, arah bertegas dengan penunjuk perasaan

Presiden baharu Sri Lanka ‘tunjuk taring’, arah bertegas dengan penunjuk perasaan
PASUKAN keselamatan Sri Lanka merobohkan khemah-khemah yang dipasang di kem protes antikerajaan di Colombo. – AFP

COLOMBO: Dianggarkan 50 penunjuk perasaan cedera selepas kem protes antikerajaan yang dibangunkan di bandar ini dimusnahkan oleh pasukan keselamatan.

Menurut penganjur, ratusan anggota keselamatan mengepung kem protes ‘Gota Go Gama’ yang dinamakan sempena nama bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa.

Katanya, selain penunjuk perasaan, sejumlah wartawan turut cedera akibat dipukul pasukan keselamatan.

“Tindakan mereka (pasukan keselamatan) adalah serangan sistematik dan terancang.





“Bagaimana anda boleh pukul orang sesuka hati sedangkan kami hanya berhimpun di sini secara aman?” Soal penganjur protes, Chameera Dedduwage kepada Reuters.

Jurucakap polis dan tentera sehingga kini tidak mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Situasi bergolak di negara ini semakin meruncing selepas presiden baharu, Ranil Wickremsinghe dilantik kelmarin.

Majoriti rakyat Sri Lanka menolak pelantikan tersebut selepas menyifatkan Wickremesinghe ‘lebih licik’ berbanding Rajapaksa dan menyamakan kedua-dua pemimpin itu yang hanya ingin memusnahkan negara ini.





Sri Lanka kini berada di bawah darurat yang dikenakan oleh Wickremsinghe.

Perintah darurat sebelum ini memberi kuasa kepada tentera untuk menahan penunjuk perasaan dan menyekat hak mereka mengadakan bantahan atau protes.

Sementara itu, penganjur protes, Manjula Samarasekara berkata, pasukan keselamatan turut merobohkan khemah yang terdapat di kem protes berkenaan.

AWEERA BERSYUKUR BERADA DI KELOMPOK ATAS, PUAS HATI TUNJUK ‘TARING’





Presiden baharu Sri Lanka ‘tunjuk taring’, arah bertegas dengan penunjuk perasaan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker