Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung

Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung

Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung

JOHOR BAHRU: Reman terhadap seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati serta rakan lelakinya yang bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya di sini, Jumaat lalu disambung enam hari lagi sehingga Khamis depan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.

“Kedua-dua mereka yang terbabit sudah dikenakan perintah reman sambungan selama seminggu, bermula hari ini hingga 28 Julai,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.





Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki bekerja sendiri berusia 44 tahun ditemukan maut dengan muka dan kepalanya mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul dan dipukul oleh isterinya.

Suri rumah berusia 36 tahun itu dipercayai membunuh suaminya ketika berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Ibu kepada dua orang anak itu kemudiannya ditahan polis di kawasan berhampiran ketika cuba melarikan diri dan rakan lelakinya berusia 52 tahun ditahan di sekitar Majidee hari yang sama. – BERNAMA

‘Datuk’ didakwa subahat membunuh juruteknik





Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker