Siasat krisis acara terjun wanita di SUKMA

Siasat krisis acara terjun wanita di SUKMA

Siasat krisis acara terjun wanita di SUKMA
Sebanyak 12 acara digugurkan daripada SUKMA kerana penyertaan negeri tidak menggalakkan dengan sukan terjun dilaporkan antara paling terjejas. – BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menggesa kerajaan memandang serius kenyataan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg mengenai ketiadaan acara membabitkan penerjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA), September ini.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu mengambil serius mengenai sektor sukan yang baginya berada dalam ‘krisis’ sejak penularan COVID-19.

“Amat tidak masuk akal kita kekurangan penyertaan terutama dalam sukan terjun kategori wanita, sedangkan negara kita pernah menjadi juara dunia.

“Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong pernah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik, dan atlet terjun wanita kita seperti Datuk Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut pernah memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia.





“Menteri Belia dan Sukan harus memberikan penjelasan terhadap kenyataan Pandelela Rinong dan tidak boleh memandang ringan kenyataan seorang atlet kebangsaan yang mempunyai banyak pengalaman dalam sukan sepertinya,” kata Sim dalam kenyataan semalam.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam ciapan di Twitter baru-baru ini, Pandelela berkata, beliau kecewa apabila mendapat tahu tiada acara terjun dalam acara wanita dipertandingkan di SUKMA tahun ini kerana alasan politik namun selepas itu memberitahu sudah mendapatkan penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan dan juga Persatuan Renang Malaysia (MS).

“Saya sudah bercakap dengan Menteri Sukan dan Persatuan Renang Malaysia, dan mereka sedar dengan kekurangan penyertaan daripada negeri pada SUKMA akan datang sejak sebulan yang lalu.

“Jadi Mereka sudah mencari jalan penyelesaian terbaik. Mari berusaha dan saling menyokong antara satu sama lain untuk masa depan sukan terjun Malaysia,” tulis Pandelela dalam ciapannya dua hari lalu.





Dua minggu lau, dalam satu laporan media, 12 acara digugurkan daripada SUKMA kerana penyertaan negeri tidak menggalakkan dengan sukan terjun dilaporkan antara paling terjejas.

Lima acara digugurkan dan semuanya membabitkan acara wanita iaitu 1 meter (m) papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama.

Temasya yang dijadual berlangsung di Lembah Klang dari 16 hingga 24 September itu mensyaratkan sekurang-kurangnya enam kontinjen negeri mengambil bahagian bagi membolehkan ia dipertandingkan.

325 atlet wakili Sarawak ke SUKMA KL





Siasat krisis acara terjun wanita di SUKMA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker