Wanita ditemui di Sentul bukan Zalina
Wanita ditemui di Sentul bukan Zalina

SHAH ALAM: Seorang wanita dikatakan mirip Zalina Azman yang ditemui orang awam di sekitar Jalan Haji Salleh, Sentul, Kuala Lumpur, semalam, disahkan bukan bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan berikutan dakwaan orang awam menjumpai wanita itu kira-kira jam 6 petang di lokasi berkenaan.
“Memandangkan wanita itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, polis Shah Alam membawanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam) untuk semakan.
“Hasil semakan identiti melalui cap jari, mendapati wanita itu bukanlah orang hilang (OH) yang dicari (Zalina).
“Selain itu, hasil siasatan mendapati pengecaman oleh ahli keluarga juga negatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Iqbal berkata, polis mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari Zalina.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabturia melalui talian 016-3375269,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mencari Zalina, 58, yang dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi beliau sejak 24 November tahun lalu bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.
Wanita ditemui di Sentul bukan Zalina
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :