APRENA MANROSE MAHU BERUSAHA DAPATKAN ANAK TANPA IVF

AMBIL CUTI PANJANG

APRENA MANROSE MAHU BERUSAHA DAPATKAN ANAK TANPA IVF

APRENA MANROSE MAHU BERUSAHA DAPATKAN ANAK TANPA IVF

“Buat masa sekarang saya sedang berehat dan mengambil cuti berlakon sebab mahu beri fokus pada usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Seperti yang semua orang tahu, saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun belum ada rezeki dIkurniakan zuriat.

“Jadi saya dan juga suami ambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerja,” itulah kata pelakon Aprena Manrose yang akur dengan ketentuan Allah masih belum lagi dikurniakan cahaya mata, meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

Aprena berkata, dia kini mengambil cuti panjang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya serta usaha mendapatkan cahaya mata. Menurut Aprena, terlalu penat bekerja juga antara faktor penyebab sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Katanya lagi, dia tidak melakukan rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF) sebaliknya berusaha untuk hamil secara semula jadi.





“Kami tidak buat IVF pun. Cuma rehatkan badan. Sebab kalau perempuan terlalu penat bekerja, susah untuk ‘bersama’ dengan suami. Bila badan penat macam mana nak ‘buat anak’? Lagipun saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan kami sihat tanpa masalah untuk mendapatkan anak. Cuma belum rezeki lagi.

APRENA MANROSE MAHU BERUSAHA DAPATKAN ANAK TANPA IVF

“Suami pun sarankan saya supaya berehat dahulu. Mungkin saya akan kembali bekerja pada bulan hadapan selepas beberapa bulan berehat. Itu pun saya tidak ambil ‘job’ terlalu banyak,” ujarnya.


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam pada itu, Aprena turut meluahkan rasa syukur suaminya, Mohd. Afiq Hazman serta keluarga mertua sangat memahami serta tidak pernah mendesak mengenai soal cahaya mata.

“Alhamdulillah suami dan juga keluarga mertua sangat memahami dan tidak pernah bertanyakan tentang hal cahaya mata. Saya dan juga suami pun tidak terlalu stres memikirkan soal anak. Kami jalani sahaja kehidupan berdua seperti biasa bersama-sama. Doakan kami yang baik-baik,” tuturnya.





APRENA MANROSE MAHU BERUSAHA DAPATKAN ANAK TANPA IVF

 

APRENA MANROSE MASIH ‘KUNCI MULUT’

APRENA MANROSE MAHU BERUSAHA DAPATKAN ANAK TANPA IVF


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker