AYIE FLOOR 88 LUAH RASA SYUKUR KINI BERGELAR BAPA

ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG -

AYIE FLOOR 88 LUAH RASA SYUKUR KINI BERGELAR BAPA

AYIE FLOOR 88 LUAH RASA SYUKUR KINI BERGELAR BAPA

Tahniah diucapkan buat penyanyi Ayie dari kumpulan Floor 88 yang kini sudah bergelar bapa apabila anak sulung selamat dilahirkan semalam (22 Julai 2022). Ayie meluahkan rasa terharu dan menitiskan air mata melihat isterinya, Tasha Awie yang terpaksa bertarung nyawa selama lebih satu jam untuk cuba bersalin secara normal.

Bagaiamanpun disebabkan terlalu lama dan Tasha sudah kehilangan tenaga, doktor menasihatkan untuk menjalani pembedahan dan mereka selamat bergelar ibu bapa kepada seorang anak perempuan yang lahir pada pukul 3.18 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Saya bawa isteri ke hospital pada awal pagi Jumaat selepas dia mula mengadu sakit hendak bersalin. Dia kemudian dimasukkan ke bilik bersalin sekitar pukul 1 petang dan melalui proses meneran selama lebih satu jam kerana mahu bersalin normal.





“Apabila isteri semakin lemah disebabkan hilang banyak tenaga, doktor nasihatkan untuk jalani pembedahan. Saya hanya serahkan kepada doktor untuk melakukan yang terbaik dan paling penting isteri dan anak selamat.

AYIE FLOOR 88 LUAH RASA SYUKUR KINI BERGELAR BAPA

“Melihat isteri dalam keadaan begitu memang membuatkan saya berasa sedih sehingga saya sendiri menangis. Pada mulanya saya dibenarkan masuk ke dewan bedah, namun ada sedikit masalah untuk keluarkan bayi, jadi saya diminta keluar. Lebih kurang dua minit tunggu di luar saya dengar tangisan bayi.

“Perasaan ketika itu sangat sukar digambarkan kerana akhirnya isteri selamat bersalin dan saya kini bergelar seorang bapa,” kata Ayie yang berkongsi detik menyambut kelahiran anak pertama.

Disyorkan Untuk Anda :


Meluahkan rasa syukur setelah proses itu berjalan lancar, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, memberitahu isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan dijangka pulang ke rumah pada Ahad.





Memulakan kehidupan baharu sebagai seorang bapa, kata Ayie dia sentiasa bersedia dan tidak pernah merasa kekok untuk menjaga bayi kerana sudah berpengalaman.

AYIE FLOOR 88 LUAH RASA SYUKUR KINI BERGELAR BAPA

“Saya anak sulung dalam enam orang adik-beradik. Sejak kecil saya sudah lihat bagaimana ibu bapa menjaga bayi dan tahu serba sedikit tentang proses penjagaan. Jadi tidak pernah kekok untuk jadi bapa.

“Adik kepada isteri saya juga masih kecil. Kami biasa bawa dia berjalan dan menjaganya. Lagipun kami memang sudah bersedia awal untuk bergelar ibu dan bapa,” jelasnya.

Untuk makluman, Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2020 dan mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin. Pasangan ini juga akan berkongsi nama anak mereka dalam masa terdekat di media sosial.





“Buat masa sekarang masih terlalu awal nak kongsi wajah anak dan nama. Saya juga hormati permintaan isteri. Selepas ini akan ada lebih banyak content media sosial bersama anak kami,” ujarnya.

AYIE FLOOR 88 KINI SUAMI NUR NATASHA





AYIE FLOOR 88 LUAH RASA SYUKUR KINI BERGELAR BAPA

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker