Caj 20 sen pelayan datang meja, RM5.30 guna kutleri

Caj 20 sen pelayan datang meja, RM5.30 guna kutleri

Caj 20 sen pelayan datang meja, RM5.30 guna kutleri

MADRID: Sebuah Bar di Sepanyol mencetuskan kontroversi apabila mengenakan caj terhadap pelanggan setiap kali pelayan datang ke meja makan di bahagian ruang luar.

Malah, restoran tersebut turut mengenakan caj bagi penggunaan peralatan makanan, lapor Daily Mail.

Seorang pelanggan, Blas Galey Hermoso dari Andalusia, Sepanyol berdepan caj bil yang memeranjatkan selepas menikmati minuman di The Imperial Bar di Zamora.





Di Eropah, caj yang dikenakan bagi pelanggan di bahagian beranda adalah amalan standard, namun, lelaki itu terkejut apabila dia perlu membayar ekstra 20 sen setiap kali pelayan membawa hidangan ke meja.

Hermoso malah bertambah bingung dengan caj ekstra sebanyak satu pound (RM5.30) bagi penggunaan peralatan makanan.


Disyorkan Untuk Anda :


Dia kemudian memuat naik gambar resit tersebut dalam Twitter November tahun lalu, sehingga tular sekelip mata.

“Sesuatu yang janggal berlaku kepada kami sejak beberapa hari lalu di Benavente.

“Setiap kali pelayan datang ke meja kami di bahagian beranda, dia akan caj 20 sen.





“Caj terakhir yang dikenakan kepada kami ketika pelayan membawa kutleri untuk memotong roti bakar yang dipesan,” katanya.

Pihak restoran tampil menjawab dakwaan itu dengan menjelaskan caj tambahan dikenakan bagi setiap minuman yang dihidangkan, dan bukannya setiap kali pelayan datang ke meja.

Jelasnya, caj tersebut adalah amalan biasa bagi tempat yang mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan layanan di ruangan luar premis.

Tiada caj bawa keluar kenderaan dari Thailand





 

Caj 20 sen pelayan datang meja, RM5.30 guna kutleri


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker