Dua kanak-kanak lemas di sungai Bakar Batu

Dua kanak-kanak lemas di sungai Bakar Batu

Dua kanak-kanak lemas di sungai Bakar Batu
Mayat kedua-dua mangsa lemas ditemui anggota bomba dan penyelamat hasil operasi mencari yang dilancarkan pagi tadi.

JOHOR BAHRU: Keseronokan 10 kanak-kanak etnik Rohingya mandi sungai, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian di Kampung Bakar Batu, petang semalam.

Malangnya, kejadian jam 2 petang itu, hanya diketahui ahli keluarga lewat petang semalam, apabila mangsa tidak pulang ke rumah, sebelum mencari rakan-rakan yang mandi bersama dan menyaksikannya tetapi menyembunyikan kejadian terbabit.

Mayat kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Mahmod, 11 dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14, ditemui pagi tadi,

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 pagi tadi.





“Difahamkan, dua mangsa ini bersama lapan lagi rakannya melakukan aktiviti mandi di sungai pada jam 2 petang semalam. Apabila mereka dipercayai lemas, rakan mangsa yang lain panik dan bertindak mendiamkan diri.

“Apabila dua mangsa ini tidak pulang ke rumah, bapa mereka mencari rakan-rakan mangsa dan apabila didesak, mereka memaklumkan mangsa lemas ketika mandi,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Mohd Riduan berkata, pihaknya membuat pencarian mayat mangsa berdasarkan kepada lokasi akhir mereka mandi yang diberitahu rakan mangsa.

“Mayat mangsa pertama dijumpai pihak bomba ketika membuat pencarian di permukaan air pada jam 9.50 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.

“Manakala, mangsa kedua dijumpai apabila pihak bomba membuat penyelaman dalam radius 100 meter pada jam 10.35 pagi, juga kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir.





“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya

Junta Myanmar dituduh tembak, bakar 13 penduduk kampung

Dua kanak-kanak lemas di sungai Bakar Batu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker