Nahas lima beranak maut, kenderaan dinaiki dirempuh Toyota Hilux
Nahas lima beranak maut, kenderaan dinaiki dirempuh Toyota Hilux

GERIK: Polis sudah mengesahkan identiti lima mangsa maut dalam kemalangan di KM62, berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mereka adalah pasangan suami isteri, Ahmad Khomaini Baba, 32; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; anak mereka, Zara Hana, enam; ibu dan bapa Siti Aishah iaitu Mohd Rodhi Othman, 64; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati nahas berpunca apabila pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah Gerik menuju Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki lima mangsa maut terbabit di arah bertentangan.
“Kemalangan mengakibatkan pemandu serta empat penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian yang mana semua mangsa berasal dari Sungai Petani dan Lunas, Kedah.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
“Pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux pula berasal dari Tumpat, Kelantan dan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk menerima rawatan,” katanya menerusi kenyataan media awal pagi hari ini.
Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat lima mangsa maut itu dihantar ke Hospital Gerik, di sini untuk proses bedah siasat.
Mior Faridalathrash juga berkata, semua mangsa akan dikebumikan di Kampung Permatang Sungai Dua Butterworth.
Malam tadi, media melaporkan lima termasuk seorang kanak-kanak maut dalam nahas membabitkan Perodua Alza dinaiki mereka sebuah dengan sebuah Toyota Hilux berhampiran Banjaran Titiwangsa, di sini, sekitar jam 3.45 petang semalam.
Nahas lima beranak maut, kenderaan dinaiki dirempuh Toyota Hilux
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :