Peserta Himpunan Turun Harga Barang disekat ke Dataran Merdeka

Peserta Himpunan Turun Harga Barang disekat ke Dataran Merdeka

Peserta Himpunan Turun Harga Barang disekat ke Dataran Merdeka
Pasukan polis membuat sekatan bagi menghalang peserta berarak ke Dataran Merdeka pada Perhimpunan Turun Harga Barang hari ini. NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Cubaan peserta Himpunan Turun Harga Barang untuk berarak ke Dataran Merdeka, gagal selepas mereka disekat pihak polis di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini, hari ini.

Himpunan bermula jam 2 petang dan dihadiri hampir 100 peserta pada mulanya hanya berlangsung dengan ucapan daripada beberapa wakil pemuda, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti politik pembangkang.

Selepas ucapan berakhir, terdapat beberapa individu mula melakukan provokasi mengajak peserta himpunan berarak ke Dataran Merdeka.

Tindakan itu sekali gus mengganggu lalu-lintas apabila peserta himpunan secara tiba-tiba masuk ke jalan utama Jalan TAR di sini.





Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, terpaksa menutup laluan berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Sambil berarak di jalan raya, peserta melaungkan tuntutan supaya harga barang diturunkan dan menggesa gaji menteri dikurangkan.

Tidak sampai 15 meter dari pusat beli-belah Sogo, peserta dihalang meneruskan langkah mereka ke Dataran Merdeka selepas pegawai dan anggota polis mewujudkan dua lapisan halangan rantaian manusia.

Pada masa sama, wakil peserta berunding meminta kebenaran polis untuk berarak ke Dataran Merdeka, namun tidak dibenarkan atas faktor keselamatan sebelum peserta berhimpun di atas jalan.





Himpunan itu berlangsung selama setengah jam sebelum peserta bersurai pada jam 3.15 petang.

Antara pemimpin politik yang hadir termasuk Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid, ADUN Ketari, Young Syefura Othman dan ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz.

Himpunan ini dipercayai dianjurkan Gabungan Mahasiswa bagi menyatakan protes mereka terhadap peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.


Disyorkan Untuk Anda :


Wakil daripada pelbagai parti politik pembangkang antaranya PKR, DAP, MUDA dan AMANAH turut serta dalam himpunan ini.

Peserta mengulang kembali lima tuntutan mereka terhadap kerajaan iaitu menuntut pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, bantuan bermaruah dapat diberikan kepada masyarakat dan menuntut kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada serta tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi lain.





Mereka juga menuntut pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan dan makanan kafeteria serta vendor dalam universiti kerana berlaku peningkatan harga makanan yang mendadak.

Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan menyelesaikan masalah jaminan keselamatan makanan.

Usaha mendapatkan maklum balas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya sedang diperoleh.

Ribuan penduduk Czech bantah sekatan COVID-19





 

Peserta Himpunan Turun Harga Barang disekat ke Dataran Merdeka

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker