TLDM usir lapan bot nelayan asing
TLDM usir lapan bot nelayan asing

LUMUT: Cubaan lapan bot nelayan asing (BNA) menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah, berjaya dipatahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), petang tadi.
TLDM dalam kenyataan berkata, Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim mengekang cubaan itu pada jam 5.55 petang.
Katanya, Pusat Operasi Armada (POA) Barat sebelum itu menerima maklumat daripada Control Reporting Center (CRC) Kuantan berhubung pengesanan lapan BNA di tenggara Pulau Perak.
Ia diperoleh melalui pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum disalurkan kepada komponen maritim untuk tindakan selanjutnya.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
“Bertindak menerusi maklumat disalurkan, KD Laksamana Hang Nadim yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan lapan BNA di kedudukan berkenaan.
“KD Laksamana Hang Nadim kemudian melaksanakan tindakan pengusiran semua BNA dan kekal membayangi bot berkenaan sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” katanya.
Katanya, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat pantas oleh semua agensi maritim negara berjaya mematahkan tindakan unsur yang melanggar undang-undang atau menceroboh kedaulatan perairan negara.
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.
“Sehubungan itu, TLDM akan sentiasa memperkasakan rondaan di perairan negara dalam usaha memastikan kedaulatan dan khazanah negara kekal selamat dan terpelihara,” katanya.
TLDM usir lapan bot nelayan asing
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :