Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?

Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?

Satu demi satu kebobrokan Pakatan Harapan terbongkar dalam isu tuntutan waris Sulu ke atas Sabah.

Terkini, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Pakatan Harapan, Aziz Jasman, dalam sidang medianya berkata, beliau terkejut dengan kewujudan surat Tommy Thomas.

“Kami terkejut mengetahui ada surat yang dihantar bekas Peguam Negara (Tommy Thomas) berhubung isu ini”.





“Malah surat daripada Tommy Thomas sebelum ini, kami tidak tahu dan dimaklumkan berhubung surat tersebut,’ jelas Azis Jasman.

Manakala Isnaraissah Munirah Majilis, Ahli Parlimen Kota Belud, persoalkan sama ada surat tersebut sudah mendapat kelulusan kabinet sebelum ianya dihantar.

“Kami juga ingin bertanya sama ada surat yang dia (Tommy) keluarkan itu mendapat mandat daripada Kabinet?”.

“Adakah dia melalui Kabinet?”.

“Adakah Kabinet mengetahuinya?,” soal Isnaraissah Munirah.





Kerajaan Mesti Menubuhkan RCI Berkaitan Tuntutan Waris Sulu

Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?

Tommy menghantar surat kepada peguam Sulu pada 19 september 2019 sewaktu menjadi Peguam Negara ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Ia memberi implikasi besar kepada negara.

Ia juga dikaitkan dengan rampasan dua aset Petronas yang berlaku di Luxembourg baru-baru ini.

Timbul persoalan di sini, sekiranya benar seperti apa yang didakwa oleh Azis Jasman, siapakah yang meluluskan surat Tommy Thomas itu?





Adalah sangat mustahil surat yang bersangkutan kedaulatan negara dikeluarkan tanpa memberi maklum atau kelulusan dari pihak eksekutif.

Adakah Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai Menteri KDN dan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan juga tidak tahu.

Juga sangat mustahil sekiranya Lim Guan Eng juga mendakwa tidak tahu kerana setiap sen duit negara yang keluar mestilah mendapat kelulusan beliau terlebih dahulu.

Atau adakah mereka semua bersekongkol tanpa mengkaji dengan mendalam implikasi dari surat tersebut?

RCI mesti ditubuhkan untuk membongkar hingga ke akar umbi apa yang selama ini cuba disembunyikan di bawah karpet.





Ini adalah berkaitan dengan kedaulatan dan maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka!!!

 

Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker