Azizulhasni bakar semangat rakan

Azizulhasni bakar semangat rakan

Azizulhasni bakar semangat rakan
Pelumba basikal negara bergambar sebelum berlepas ke Birmingham semalam. – Foto IG anisrosidi

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menitipkan kata-kata semangat buat pasukan trek negara ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bakal berlangsung di Lee Valley VeloPark dari 29 Julai hingga 1 Ogos ini.

Pemenang pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan di New Delhi 2010 dan keirin (Glasgow 2014) itu berkata, beliau percaya pasukan sudah menjalani persiapan rapi menjelang temasya berkenaan dan pada ketika ini berada pada tahap persediaan yang tinggi.

“Saya berharap mereka akan menonjolkan potensi sebenar dan membawa pulang kejayaan untuk negara yang tercinta.

“Kepada Shah Firdaus dan Fadhil Zonis, saya harap anda berdua menggunakan sebaik mungkin pengalaman yang sudah dibina sekian lama dalam arena sukan lumba basikal ini.





“Anda berdua mempunyai kemampuan besar dan jika kalian dapat menggunakannya secara optimal pada tempat dan waktunya, Insya-Allah kejayaan akan menjadi milik anda berdua.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kepada pelumba muda Ridwan, Anis, Izzah dan Aliana, jadikan penampilan ‘debut’ (pertama) anda ini sebagai platform untuk bukan saja menyerlah di peringkat antarabangsa tetapi belajar sebanyak mungkin kerana ini hanyalah permulaan untuk anda semua jika anda ingin pergi jauh.

“Marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan lumba basikal Malaysia dan juga seluruh kontinjen Malaysia,” kata Azizulhasni yang tidak dapat beraksi kerana pada masa ini berada dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung dalam akaun Instagram miliknya.

Pasukan berbasikal trek negara disertai Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis manakala untuk acara wanita disertai gandingan ‘Marka Utagha’ iaitu Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berlepas ke Birmingham semalam.

AYAH AZIZULHASNI AWANG KEMBALI KE RAHMATULLAH





Azizulhasni bakar semangat rakan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker