Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir

Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir

Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir

Dalam lapuran Malaysiakini, Dr Mahathir menggesa kerajaan supaya menyiasat bekas Peguam Negara, TS Apandi Ali berkaitan pertemuan beliau dengan wakil Jho Low.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/629301





Dr Mahathir cuba menimbulkan persepsi bahawa kononnya ada perundingan yang dilakukan antara Apandi dengan Jho Low untuk menyelesaikan isu 1MDB.

“Di sini timbul kecurigaan bahawa kerjasama Apandi dengan Jho Low (mungkin) telah bermula semasa dia menjadi peguam negara”.

“Satu siasatan perlu dilakukan terhadap Apandi sama ada dia membuat keputusan menyucikan 1MDB dahulu kerana hubungannya dengan Jho Low”.

“Kerajaan hari ini bertanggungjwab untuk menyiasat kerana terdapat unsur kolusi (pakatan) dan subahat Apandi di dalam jenayah 1MDB”.

“Ia untuk memastikan penyamun-penyamun negara yang terbabit di dalam jenayah terancang ini diadili dan dihukum”.





Sangat jelas, kenyataan Dr Mahathir itu boleh dianggap sebagai ‘contempt of court’ kerana kes 1MDB masih lagi dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dr Mahathir telah mendahului mahkamah dengan menuduh DS Najib bersalah, sedangkan mahkamah masih lagi belum membuat keputusan.

Dr Mahathir Cuba Memutarbelit Fakta

Persoalannya, apakah benar tuduhan Dr Mahathir bahawa Apandi cuba menutup kes 1MDB dalam pertemuan beliau dengan wakil Jho Low?

Kenyataannya ialah ianya bukan pertemuan Apandi dengan Jho Low tetapi beliau hanya mengatur pertemuan antara pihak Malaysia dengan Kobre & Kim.

Itu pun selepas Kobre & Kim syarikat guaman yang mewakili Jho Low menghubungi beliau dan meminta supaya pertemuan itu diadakan.





Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/628493

Apandi dihubungi oleh wakil Jho Low pada bulan Mei lalu dan bukannya ketika beliau menjadi Peguam Negara seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir.

Sebab itulah Apandi Ali tidak tahu mengapa Jabatan Peguam Negara menolak tawaran Jho Low untuk membayar RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Baca di sini:





https://www.malaysiakini.com/news/628517

Pertemuan antara Apandi Ali yang dilantik sebagai wakil Jabatan Peguam Negara dengan wakil Jho Low dilakukan selepas Apandi Ali bersara.

Tidak timbul isu Apandi cuba untuk menutup kes 1MDB ketika beliau menjadi Peguam Negara.

Sebenarnya bukan Apandi Ali yang mesti disiasat tetapi Dr Mahathir yang mesti disiasat.

Beliau telah bersetuju untuk memulangkan paspot antarabangsa Jho Low dan mengeluarkan nama Jho Low dari senarai merah Interpol di era Pakatan Harapan.





Cuma ketegasan TS Azam Baki yang membantah keputusan itu telah menggagalkan hasrat Dr Mahathir

 

Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker