Fauzi bertarung buat kali terakhir di Kejuaraan Dunia
Fauzi bertarung buat kali terakhir di Kejuaraan Dunia

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula Selasa ini bakal menjadi penampilan terakhir buat ‘otai’ silat negara, Mohd Fauzi Khalid.
Fauzi, 35, diberi penghormatan untuk mengemudi pasukan di Melaka pada edisi ke-19 ini selepas membuat kemunculan kali pertama di Kejuaraan Dunia pada 2007 yang turut menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah.
Pastinya, penampilan kali ini akan digunakan sebaiknya buat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat koperal itu apatah lagi, kejuaraan di Melaka ini adalah yang pertama dan terakhirnya selepas kali terakhir beraksi di pentas berkenaan di Thailand pada 2012.
“Saya pernah meraih emas pada 2010 dan ini penyertaan keempat saya,” kata Fauzi. “Harapan saya pada penyertaan ini, nak tutup dengan adanya kenangan manis. Saya mula (menyertai Kejuaraan Dunia) pada 2007 di Malaysia dan tutup di sini (Melaka) 2022 juga di Malaysia.”
Dalam tiga penyertaannya di Kejuaraan Dunia, Fauzi pernah mempunyai koleksi satu pingat emas di Jakarta 2010, perak di Kuantan 2007 dan gangsa di Thailand 2012 sebelum dia terpaksa melupakan saingan di pentas berkenaan atas faktor kecederaan dan juga memberi tumpuan kepada pertandingan lain seperti Sukan Asia dan Sukan SEA.
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Ditanya mengenai tanggungjawab disandarkan sebagai ketua pasukan yang disasarkan meraih tujuh emas pada edisi ini, Fauzi berkata, tekanan itu pasti ada namun ia bukan satu halangan untuk mereka mempamerkan kemampuan.
“Satu tekanan juga kerana bermain di tempat sendiri, jadi tekanan itu ada tetapi bagi saya, saya dan kawan-kawan dapat melakukan yang terbaik kerana menerima semangat daripada rakan-rakan di luar yang datang memberikan sokongan dan ia menaikkan semangat kami,” katanya.
Fauzi yang sebelum ini bertanding dalam kelas F Putra bakal beraksi buat kali pertama dalam kelas G Putra di Melaka selepas meraih gangsa di Sukan SEA Vietnam 2021, baru-baru ini.
“Di Hanoi ada kesilapan dilakukan kerana ia adalah kali kedua saya bertarung menggunakan peraturan baharu. Jadi saya tak dapat 100 peratus menguasai teknik peraturan baharu dan satu lagi, saya baru naik kelas lain, sebelum ini F Putra dan sekarang G Putra yang mempunyai perbezaan ketara.
“Kelas baharu ini banyak bezanya daripada segi kekuatan dan ketangkasan. Sebelum ini saya dapat menguasai (kelas F Putra) tetapi sekarang ini, saya kena berusaha lebih lagi,” katanya.
Fauzi bertarung buat kali terakhir di Kejuaraan Dunia
Disyorkan Untuk Anda :
- Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara
- Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir
- Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?
Lawati Laman :
Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?