Fizi Ali beri bayangan tinggalkan Suria FM

Rakan penyampai ucap “jangan lupakan kami”

Fizi Ali beri bayangan tinggalkan Suria FM

Fizi Ali beri bayangan tinggalkan Suria FM

UCAPAN rakan-rakan penyampai radio Suria FM kepada Fizi Ali memberi bayangan seolah-olah dia bakal menamatkan perkhidmatan di stesen berkenaan.

Enggan mengulas lanjut, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu dia akan menjelaskan segala persoalanan tersebut dalam masa terdekat.

“Saya tidak boleh kata iya atau tidak. Sekarang ini memang tidak boleh cakap apa-apa lagi dan tunggu sahaja pengumuman yang saya buat dalam masa terdekat.





Fizi Ali beri bayangan tinggalkan Suria FM
Fizi bersama Suraya dan Ajak mengendalikan segmen Team Pagi Suria.

“Saya terpaksa kunci mulut berkaitan hal ini demi menjaga hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Fizi sebelum ini juga memuat naik gambar dia bersama Suraya Borhan dan Ajak yang merupakan rakan penyampai segmen Team Pagi Suria.

Menerusi ruangan komen, Suraya sendiri mengucapkan tahniah untuk Fizi memulakan kerja di tempat baharu.

“Selamat maju jaya di tempat baharu. Dekat je kalau nak singgah sarapan pagi dengan kami,” komen Suraya.

Sementara itu Feeya Iskandar atau Cik Piah yang mengendalikan segmen Gaya Suria turut memberi komen supaya Fizi tidak akan melupakan mereka.





“Fizi Ali, jangan lupakan kami,” ujarnya.

Saya sayang Suria – FIZI ALI (PENYAMPAI RADIO)

Apabila diminta menjawab khabar angin yang sedang diperkatakan ini, Fizi secara ringkas memberitahu dia masih sayangkan Suria FM.

“Saya sayang Suria,” ujarnya.

Fizi memulakan kerjaya di Suria FM pada Julai 2016 yang ketika itu bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria.

ISU ‘DIALOG’ MENGGURIS HATI SHAKILLA KHORIRI – SURIA FM AKAN SELIDIK





Fizi Ali beri bayangan tinggalkan Suria FM


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker