Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

Di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutan jelas tercatat Islam adalah ugama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Juga dicatatkan, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di negerinya dan Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, YDP Agong adalah ketua agama Islam di negeri itu.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.





Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara3-Ma.Html

Seksyen 7 Akta 599 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) pula hukuman maksima RM3,000 boleh dikenakan kerana menghina agama Islam.

Baca di sini:

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Federal_Original.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/a3978f702b7bfe754825707c00081dd3?OpenDocument





Islam adalah agama rasmi Persekutan dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dipayungi oleh Raja Raja Melayu.

Peruntukan Di Bawah Undang Undang Syariah Hanya Denda RM3000 Bagi Kesalahan Menghina Agama Islam

Baru-baru ini, Mohd Nor Muzil Mohd Razalli, 39, yang melakukan perbuatan menghina agama Islam telah didenda sebanyak RM50,000.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama.

Mengapa beliau tidak didakwa dengan menggunakan peruntukan undang-undang syariah?





Kerana di bawah undang-undang syariah, peruntukan hukuman bagi kesalahan yang sama adalah jauhn lebih kecil, iaitu maksima RM3,000!!!

Sejak kebelakangan ini, perbuatan menghina agama Islam seolah-olah sudah menjadi ‘trend’.

Kalau sebelum ini ianya dilakukan oleh orang kafir, tetapi kali ini ianya dilakukan oleh orang Melayu Islam sendiri.

Mengapa mereka begitu berani dan biadap melakukan perbuatan penghinaan terhadap agama Islam?

Kerana peruntukan undang-undang syariah sendiri tidak menyediakan hukuman yang berat terhadap pesalah yang menghina agama Islam.





Hanya denda RM3,000 diperuntukkan di bawah undang-undang syariah negara kita.

Kelihatan sangat janggal, Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan Malaysia tidak mempunyai peruntukan hukuman syariah yang menakutkan dalam kes menghina agama Islam.

Sehingga pihak pendakwaraya terpaksa menempel peruntukan perlembagaan di bawah undang-undang sivil bagi mengenakan hukuman yang lebih berat.

Agama Islam terpaksa menempel di bawah peruntukan undang-undang atas kesalahan yang lain bagi membela maruah agama Islam.

Pernahkah isu ini mendapat perhatian khas pihak eksekutif dan pihak legislatif?





Apakah pihak eksekuti dan legislatif yang majoriti mengaku dirinya Melayu Islam sudah berpuas hati terhadap peruntukan undang-undang yang ada?

Apakah nilai maruah dan kesucian agama Islam hanya RM50,000 sahaja?

Serendah itukah nilai maruah dan kesucian agama Islam di negara kita?

Undang Undang Syariah Mesti Di Pinda Untuk Menjaga Kesucian Agama Islam Di Malaysia

Pihak eksekutif dan legislatif mesti mengambil tindakan untuk meminda perlembagaan persekutuan dan syariah negara supaya hukuman yang jauh klebih berat boleh dikenakan.

Antaranya hukuman penjara mandatori 20 tahun dan sebatan serta taraf bangsa Melayu ditarik balik serta merta.

Dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, seseorang yang hendak ditakrifkan sebagai bangsa Melayu, mestilah beragama Islam.

Baca di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_160_Perlembagaan_Malaysia

Apabila orang Islam menghina agama Islam secara terbuka maka dengan sendirinya syahadah mereka akan gugur.

Dalam Islam, orang yang menghina agama Islam HARAM dimandikan dan dikebumikan secara Islam.

Pihak eksekutif dan legislatif mesti segera mengambil tindakan menggubal undang-undang syariah di negara kita.

Buya Hamka pernah berkata:

“Gantikan pakaianmu dengan kain kafan sekiranya kamu berdiam di saat agamamu dihina”.

Berhentilah menjadi syaitan bisu yang ‘merestui’ perbuatan menghina agama Islam di tanah air kita.

Nilai dan kesucian Allah SWT, Rasulullah SAW dan agama Islam bukanlah serendah RM3,000!!!

 

Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker