Korban banjir di selatan Iran meningkat kepada 22 orang

Korban banjir di selatan Iran meningkat kepada 22 orang

Korban banjir di selatan Iran meningkat kepada 22 orang

TEHERAN: Banjir di selatan Iran mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang maut dan seorang lagi hilang berikutan hujan lebat melanda negara itu.

Lapor Al Jazeera, pegawai dari Persatuan Bulan Sabit Merah mengesahkan jumlah kematian akibat bencana itu.

Malah, jelasnya, seramai 150 anggota pasukan kecemasan dan unit udara sedang bekerja di lokasi kejadian di bandar Estahban, 174 kilometer (km) timur ibu kota wilayah, Shiraz.





Gabenor Estahban, Yousef Kargar berkata, hujan lebat di bahagian tengah daerah wilayah itu menyebabkan banjir.

Beberapa rakaman video tersebar dalam media sosial menunjukkan kereta terperangkap dalam air banjir dan dihanyutkan arus deras ketika ibu bapa cuba menyelamatkan anak mereka daripada kenderaan tersebut.

Ketua Jabatan Pengurusan Krisis wilayah, Khalil Abdollahi berkata, sekurang-kurangnya 55 mangsa berjaya diselamatkan dan 15 kenderaan terjejas dalam banjir.


Disyorkan Untuk Anda :


Meskipun, Iran mengalami musim kemarau berulang sepanjang sedekad lalu namun negara itu turut dilanda banjir.

Pada 2019, banjir besar melanda selatan negara itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 76 orang maut dan menyebabkan kerosakan harta benda lebih AS$2 bilion (RM8.9 bilion).





Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil

Korban banjir di selatan Iran meningkat kepada 22 orang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker