KUNA MUZANI – ALHAMDULILLAH, SAYA SANGAT BERSYUKUR

HASIL DUIT BERLAKON DAPAT BESARKAN TIGA ANAK

KUNA MUZANI - ALHAMDULILLAH, SAYA SANGAT BERSYUKUR

KUNA MUZANI – ALHAMDULILLAH, SAYA SANGAT BERSYUKUR

Pelakon Kuna Muzani, 51, yang juga ibu tunggal itu meluahkan rasa syukur dan puas apabila duit hasil titik peluh dalam bidang lakonan dapat membesarkan tiga anaknya hingga masing-masing berjaya belajar ke universiti.

Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani berkata, dia akan terus aktif berlakon selagi mendapat peluang dan tawaran meskipun bukan untuk watak utama kerana faktor usia.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hasil daripada duit berlakon yang diterima selama ini dapat membesarkan tiga anak, sehingga mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.





“Dua anak lelaki saya yang berusia awal 20-an melanjutkan pengajian mereka di universiti dan seorang daripadanya sudah pun habis belajar serta mendapat ijazah. Manakala, anak gadis saya yang baru dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga akan belajar di universiti.

KUNA MUZANI - ALHAMDULILLAH, SAYA SANGAT BERSYUKUR

“Jadi, saya amat bersyukur kerana duit hasil lakonan diperoleh selama ini dapat membantu membesarkan anak-anak. Pada usia sekarang, rasanya saya pun dah tak larat sangat nak masak nasi lemak dan berniaga macam dulu lagi selain fokus berlakon,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Difahamkan Kuna pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami dikenali Rizalman dan mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 Disember 2001. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak iaitu Nik Muhamad Hakimi Rizalman, Nik Haikhal dan Elysha.

Kuna yang lebih dua dekad bergelar pelakon ini pernah dikenali dengan drama ‘Nasi Kerabu Untuk Che Abe’, ‘Nur’, ‘Hati Yang Dikhianati’ dan banyak lagi. Dia juga adalah adik kepada pelakon Kuza dan kakak pelakon, Kuniey juga mempunyai pertalian dengan kerabat istana Kelantan.





MAK WAN LATAH SEMPAT TUNAI UMRAH

KUNA MUZANI – ALHAMDULILLAH, SAYA SANGAT BERSYUKUR


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker