Masih Lesen L tapi sertai konvoi motosikal kuasa tinggi

Masih Lesen L tapi sertai konvoi motosikal kuasa tinggi

Masih Lesen L tapi sertai konvoi motosikal kuasa tinggi

Antara motosikal disita pada Op Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong, hari ini. – NSTP/HAZREEN MOHAMADBENTONG: Segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi dikesan menggunakan lesen percubaan (Lesen L) untuk tempoh lama, malah menyertai perjalanan berkonvoi.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, berkata hasil pemeriksaan mendapati golongan itu tidak pernah memperbaharuinya kepada lesen penuh (Kelas B).

“Ada juga dalam kalangan mereka (penunggang motosikal berkuasa tinggi) yang tidak mempunyai kedua-dua lesen (Lesen L serta Kelas B) dan sepatutnya tidak boleh menunggang motosikal berkapasiti melebihi 250cc,” katanya kepada pemberita pada Op Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong, di sini, hari ini.





Susulan itu, beliau berkata, mereka dinasihatkan segera mendapatkan lesen Kelas B bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Aedy Fadly berkata, lebih 3,000 motosikal diperiksa, termasuk 796 diambil tindakan atas pelbagai kesalahan, dalam operasi bermula jam 8 pagi tadi.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kesalahan paling tinggi dilakukan ialah tidak memiliki lesen memandu dan tiada cukai jalan yang sah,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan sejak 2018 hingga Jun lalu, sebanyak 3.7 juta motosikal diperiksa dan 1.3 juta motosikal diambil tindakan oleh JPJ.

“Antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah tiada lesen memandu (471,665), tiada Lesen Kenderaan Motor (313,174) dan tiada perlindungan insurans (299,772),” katanya.





Aedy Fadly turut menegaskan tindakan termasuk penyitaan kenderaan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan dikuatkuasakan ke atas mereka yang terbabit kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya.

Katanya, JPJ akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di lebuh raya serta jalan Persekutuan dan negeri dari semasa ke semasa dalam usaha menangani kegiatan lumba haram serta menunggang secara berbahaya. – BERNAMA

PDRM keluar 473 saman konvoi motosikal ke Langkawi

Masih Lesen L tapi sertai konvoi motosikal kuasa tinggi


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker