NEELOFA JAWAB ISU AMEERA KHAN ‘HILANG’ DARI INSTAGRAM

NEELOFA JAWAB ISU AMEERA KHAN 'HILANG' DARI INSTAGRAM

NEELOFA JAWAB ISU AMEERA KHAN ‘HILANG’ DARI INSTAGRAM

“Dia (Ameera) ada cakap, I want to take a break for a while. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia, dia macam hanyut dalam gelombang tu.

“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik mana yang okay, mana yang tak. Dia pulak baru dalam proses nak belajar agama, ada benda yang bercanggah, so dia nak bertenang and take a step back.

“Sebenarnya benda ni kan dah pernah jadi. Sebagai kakak, saya melihat dia sedang membesar, dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya. Umur dia 22, dia dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belas-belas lagi dia dah terima banyak perhatian.





“Dia tak sempat nak take a step back, nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki, benda tu la yang saya membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada nak mengenali diri.

“Lagipun dia bersekolah di international school, mindset budak-budak ni berbeza. Macam saya pula duduk asrama dengan kawan-kawan so sangat berbeza. Dia juga banyak tanya pasal soal-soal agama, pasal aurat, hukum ini, hukum itu pada saya.

NEELOFA JAWAB ISU AMEERA KHAN 'HILANG' DARI INSTAGRAM

“Benda yang saya tahu, saya kongsi. Mana yang saya tak tahu, saya refer pada orang yang pandai,” ujar selebriti popular Noor Neelofa yang berkongsi keadaan terkini adiknya, Ameera Khan yang bertindak memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu.


Disyorkan Untuk Anda :


Menurut Neelofa, Ameera atau disapa sebagai Little Miss Khan kini sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri. Tambah Neelofa, ini bukan kali pertama isu Ameera ‘hilang’ dari media sosial berlaku kerana sebelum ini dia pernah bertindak memadam akaun Instagramnya.





Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah dan pelakon PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail itu turut berpendapat segala perhatian yang diperolehi adiknya sejak belasan tahun menjadi antara faktor Ameera jadi ‘hilang punca’.

Dalam perkembangan lain, Neelofa turut memaklumkan adiknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminatinya iaitu fesyen. Sehingga kini, akaun Instagram Ameera yang mengumpul seramai 1.4 juta pengikut kekal kosong tanpa sebarang foto.

NEELOFA JAWAB ISU AMEERA KHAN 'HILANG' DARI INSTAGRAM

Ameera enggan komen kontroversi muat naik filem





NEELOFA JAWAB ISU AMEERA KHAN ‘HILANG’ DARI INSTAGRAM


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker