Pejabat Presiden Sri Lanka dibuka semula esok

Pejabat Presiden Sri Lanka dibuka semula esok

Pejabat Presiden Sri Lanka dibuka semula esok

COLOMBO: Pejabat Presiden Sri Lanka yang dikepung dan diambil alih penunjuk perasaan dalam demonstrasi antikerajaan sebelum ini akan dibuka esok.

Bangunan era kolonial itu diduduki awal bulan ini oleh penunjuk perasaan yang marah dengan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku di negara pulau itu.

Askar menyelamatkan presiden, Gotabaya Rajapaksa di kediamannya yang berdekatan pejabat sebelum diserang oleh orang ramai yang marah dan pemimpin itu akhirnya melarikan diri ke Singapura dan meletak jawatan.





Tentera bersenjata belantan dan automatik membersihkan sekretariat presiden sejurus selepas tengah malam Jumaat atas arahan pengganti Rajapaksa, Ranil Wickremesinghe.

Sekurang-kurangnya 48 orang cedera dan sembilan ditahan dalam operasi itu, di mana pasukan keselamatan merobohkan khemah yang didirikan penunjuk perasaan di luar kompleks itu awal tahun ini.

“Pejabat itu bersedia untuk dibuka semula mulai Isnin,” kata seorang pegawai polis kepada AFP hari ini, sambil menambah pakar forensik sudah melawat pejabat itu untuk mengumpulkan bukti kerosakan oleh penunjuk perasaan

 


Disyorkan Untuk Anda :


“Kepungan sekretariat yang berlangsung sejak 9 Mei lalu kini sudah ditarik balik.





Kerajaan Barat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia mengecam Wickremesinghe kerana menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan tidak bersenjata yang mengumumkan hasrat mereka untuk mengosongkan tapak itu Jumaat lalu.

Jurucakap polis Nihal Talduwa berkata, penunjuk perasaan bebas untuk meneruskan tunjuk perasaan mereka di tapak yang ditetapkan berhampiran pejabat presiden.

“Mereka boleh kekal di tapak proses rasmi. Kerajaan mungkin membuka beberapa tempat lagi untuk penunjuk perasaan di bandar itu,” kata Talduwa.

Operasi ketenteraan untuk membersihkan bangunan sekretariat dan sekitarnya berlaku kurang daripada 24 jam selepas Wickremesinghe mengangkat sumpah dan sejurus sebelum kabinet baharu dilantik.

Wickremesinghe dipilih oleh penggubal undang-undang pada Rabu lalu untuk menggantikan Rajapaksa, yang melarikan diri ke Singapura dan meletak jawatan selepas penunjuk perasaan mengejarnya dari istananya. – AFP





Polis beri amaran penunjuk perasaan keluar ibu kota Kanada

Pejabat Presiden Sri Lanka dibuka semula esok


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker