Pelancong dari India maut van terbalik akibat tayar pecah

Pelancong dari India maut van terbalik akibat tayar pecah

Wanita maut, 9 cedera van terbabas
Keadaan van yang terbalik di KM178.8 PLUS arah selatan, semalam. – Foto ihsan bomba

BAGAN SERAI: Seorang wanita warga emas maut apabila van dinaiki 10 individu termasuk sekumpulan 9 pelancong dari India terbabas di Kilometer (KM) 178.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Noorjahan Mohamed Yacoob, 74, beralamat di Tamil Nadu, India, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi termasuk pemandu berusia 63 tahun dilaporkan cedera.

“Hasil siasatan awal mendapati van jenis Toyota Hiace itu dipercayai hilang kawalan akibat tayar belakang sebelah kanan pecah sebelum terbalik di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan.





Bagaimanapun, beliau berkata, empat lagi penumpang van itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera berumur antara 30 hingga 63 tahun pula dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wanita maut, 9 cedera van terbabas





 

Pelancong dari India maut van terbalik akibat tayar pecah

 


Disyorkan Untuk Anda :



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker