Pengurus syarikat didakwa rasuah penguat kuasa RM3,000
Pengurus syarikat didakwa rasuah penguat kuasa RM3,000

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi rasuah RM3,000 kepada pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Februari lalu.
Pengakuan tertuduh Ma Jian Yet, 31, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara rasuah memberi suapan RM3,000 kepada Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBIP, Raja Abu Bakar Raja Yahya sebagai dorongan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan selanjutnya ke atas syarikat milik bapanya yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Syarikat yang menjalankan perniagaan daging sejuk beku tidak halal itu juga gagal mematuhi Notis Memberhentikan Aktiviti Perniagaan / Menjaja Tanpa Lesen daripada MBIP.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MBIP, kira-kira jam 11.30 pagi, 28 Februari lalu.
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa SPRM, Dayang Masneh Deh mencadangkan jaminan RM20,000 kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Chuah Shyue Chien yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum memandangkan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri dan sentiasa memberi kerjasama sepanjang siasatan dilakukan pihak SPRM sejak ditahan Februari lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan sebelum menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Pegawai KPDNHEP disyaki terima suapan RM3,000 direman empat hari
Pengurus syarikat didakwa rasuah penguat kuasa RM3,000
Disyorkan Untuk Anda :
- Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara
- Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir
- Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?
Lawati Laman :
Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?