Reman 6 lelaki rogol pelajar disambung empat hari lagi

Reman 6 lelaki rogol pelajar disambung empat hari lagi

Reman 6 lelaki rogol pelajar disambung empat hari lagi
Foto hiasan

IPOH: Enam lelaki termasuk remaja yang ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan Isnin lalu disambung reman empat hari sehingga Khamis depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata kesemua suspek disambung reman mulai esok hingga 28 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kesemua yang ditahan dipohon sambung reman pada pagi ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin, jika terdapat pertuduhan ia akan dibuat pada Selasa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.





Media sebelum ini melaporkan, kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Mangsa berusia 16 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan khayal di sebuah rumah di Panorama Lapangan Terbang.

Gadis itu kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum mendapati mangsa telah dirogol.

Reman suspek kes rogol 19 tahun lalu disambung 3 hari





Reman 6 lelaki rogol pelajar disambung empat hari lagi


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker