Selamat selepas 4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah

Selamat selepas 4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah

Selamat selepas 4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanah di sebuah sekolah di Bandar Penawar, Kota Tinggi, petang tadi. – Foto ihsan bomba

KOTA TINGGI: Selepas kira-kira empat jam terperangkap dalam runtuhan tanah di sebuah sekolah menengah sains di Bandar Penawar, di sini, hari ini, seorang pekerja lelaki akhirnya berjaya diselamatkan.

Mangsa berusia 44 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan, namun berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 2.20 petang tadi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan pegawai bersama anggota dari Balai Polis Bandar Penawar bergegas untuk mengawal keadaan di lokasi insiden.





Katanya, operasi menyelamat itu turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar serta BBP Sebana Cove, kakitangan Klinik Kesihatan Bayu Damai, dan pihak sebuah syarikat kontraktor.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika empat pekerja syarikat terbabit termasuk mangsa, sedang menjalankan kerja membaik pulih loji kumbahan di sekolah berkenaan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Ketika itu, tanah di tepi tangki loji kumbahan runtuh atau jerlus menyebabkan seorang mangsa terperangkap dan tertimbus hingga ke paras pinggang, manakala tiga lagi pekerja sempat menyelamatkan diri.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, operasi tamat pada jam 6.50 petang tadi.





Katanya, mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak KKM untuk menerima rawatan.

20 terperangkap susulan runtuhan bangunan terbakar di China

 

Selamat selepas 4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker