SHIERA – ARWAH ALAMI JANGKITAN DI TEKAK, KEMUDIANNYA SEL KANSER

KENA C0V1D TANPA DISEDARI

SHIERA - ARWAH ALAMI JANGKITAN DI TEKAK, KEMUDIANNYA SEL KANSER

SHIERA – ARWAH ALAMI JANGKITAN DI TEKAK, KEMUDIANNYA SEL KANSER

“Pada awalnya, arwah mengalami jangkitan di tekak, kemudiannya doktor dapat mengesan sel kanser. Belum tahap pertama, doktor sudah buang membuang sel berkenaan. Akibat jangkitan, peti suaranya turut dibuang. Lama kelamaan arwah kena makan dan minum menggunakan pakai tiub.

“Dalam berjaga-jaga, kanser datang semula dan perlu menjalani rawatan kemoterapi. Disebabkan itu, keadaan arwah agak lemah dua minggu sebelum meninggal dunia. Mahu dijadikan cerita, arwah kena jangkitan C0V1D tanpa disedari.

“Sekarang kita boleh lihat angka jangkitan C0V1D kembali meningkat, jadi, orang keluar masuk rumah tanpa kuarantin,” demikian kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai arwah bapa mentuanya, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar menghidap kanser tekak sejak 2018, namun, menghembuskan nafas terakhir selepas kesihatan merudum akibat jangkitan C0V1D.





Suami kepada pelakon popular era 80-an, Datin Maria Arshad itu menghembuskan nafas terakhir bukan hanya disebabkan kanser tekak, malah, dijangkiti tanpa sedar, Rabu lalu.

Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata, arwah sudah menerima tiga dos suntikan lengkap, tetapi keluarga tidak tahu dirinya dijangkiti C0V1D. Susulan itu, Shiera berkata, suaminya yang juga pelakon, Ijoy Azhari menguruskan pengebumian bapa mentua dalam persalinan pakaian perlindungan peribadi (PPE). Shahirah menyifatkan bapa mentua sebagai lelaki mesra dan disayangi ramai.


Disyorkan Untuk Anda :


SHIERA - ARWAH ALAMI JANGKITAN DI TEKAK, KEMUDIANNYA SEL KANSER

 

“Ketika ke hospital, arwah hanya mahu menjalankan rawatan kemoterapi, tetapi sudah dijangkiti C0V1D, lalu kesihatannya semakin merudum. Tidak dinafikan, bila ada kanser, dijangkiti pula C0V1D, keadaannya bertambah teruk.

“Ramai bertanya siapa suami ibu mentua saya selama ini. Ibu mentua adalah isteri kedua kepada Abdul Rahman. Pun begitu, arwah adalah lelaki baik dan popular di kalangan ahli keluarga disebabkan sikap mesra dan suka makan. Kami jarang bertemu, tetapi bila berjumpa, kami gembira meluangkan masa bersama. Kami menghormati dan keluarganya juga sangat ramah,” tuturnya.





Terdahulu, Maria berkongsi berita duka pemergian suami tercinta, Abdul Rahman menerusi laman sosial, Instagram. Pelakon filem ‘Langit Tidak Selalu Cerah’ itu turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir.

Untuk makluman, Maria berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata, Ijoy dan Norazlina sebelum berpisah dan mendirikan rumah tangga bersama Abdul Rahman. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nabilla Manissa dan Natasha Munira.

SHIERA AKUI MILIKNYA, DEDAH BERHABIS RM10 RIBU UBAH SUAI

SHIERA – ARWAH ALAMI JANGKITAN DI TEKAK, KEMUDIANNYA SEL KANSER






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker