Suspek utama kes bakar remaja direman
Suspek utama kes bakar remaja direman

CHUKAI: Lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kejadian membakar seorang remaja sehingga melecur di Kampung Perasing Jaya, Jabor Kemaman, direman lima hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman ke atas penganggur itu dikeluarkan Majistret, Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.
Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di sebuah rumah di Perasing Kemaman.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing dilakukan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine.
“Siasatan polis juga mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
“Selain suspek, polis turut menahan lima lagi individu berusia 18 hingga 25 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes itu untuk membantu siasatan,” katanya.
Hanyan berkata, lima individu terbabit juga direman enam hari bermula semalam.
Dalam kejadian Jumaat lalu, semua suspek dipercayai terbabit membakar remaja berusia 15 tahun itu selepas menuduh mangsa mencuri wang RM100.
Remaja terbabit dipercayai disimbah minyak sebelum dinyalakan api yang menyebabkan mangsa melecur dari leher hingga ke bahagian depan dan belakang badan.
Mangsa yang dalam keadaan kesakitan dikatakan pulang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada bapanya pada kira-kira jam 3 pagi.
Remaja yang tidak lagi bersekolah itu kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Suspek utama kes bakar remaja direman
Disyorkan Untuk Anda :
- Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara
- Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir
- Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?
Lawati Laman :
Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?