Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku 

“Siapa yang buat undang-undang?”

Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku

Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku 
Syamsul Yusof ‘langgar’ peraturan demi menghasilkan sebuah filem yang baik.

PENGARAH tersohor Syamsul Yusof boleh mendabik dada apabila filem terbaharu arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan memecah rekod sebagai naskhah tempatan paling laris sepanjang zaman apabila ia mendapat kutipan box-office RM90 juta dalam masa 33 hari tayangan.

Syamsul, 38, sebaliknya secara merendah diri mengakui naskhah arahannya itu bukanlah sempurna sekiranya ia dikira mengikut undang-undang dan peraturan pembikinan filem yang formal.

Namun katanya, dia berani melanggar semua peraturan yang ada demi menghasilkan sebuah filem yang dapat menggembirakan penonton di Malaysia.

“Filem abang tak sempurna kalau ikut ‘laws and rules of film making’, tetapi saya langgar semua peraturan itu demi menggembirakan penonton.





 

Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku 
Filem Mat Kilau masih mendahului carta lima minggu berturut-turut.

“Sebenarnya siapa yang buat undang-undang dalam pembikinan filem? Maaf bertanya, siapa ya?,” katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak bersetuju dengan ‘undang-undang’ dan ‘peraturan’ tersebut kerana percaya seni itu indah dan subjektif pada semua.


Disyorkan Untuk Anda :


Sebaliknya kata Syamsul, pembikin filem sepatutnya mengikut hati dan bukannya buku dalam menghasilkan sebuah karya yang baik.

“Abang tak pandai tetapi pembikin filem patut ikut hati mereka bukannya buku.





“Abang percaya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga begitu, di mana beliau berkarya mengikut hati seninya. Jadi, kita belajar apa yang mampu daripada beliau,” katanya.

Sementara itu, Syamsul turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kekal berada di kedudukan pertama carta Top 10 filem selama lima minggu berturut-turut sejak ditayangkan pada 26 Jun lalu.

“Sejarah, rekod tercipta lagi. Filem nombor satu dalam carta box-office untuk lima minggu berturut-turut. Ini tidak pernah berlaku,” tulisnya.

Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.

Pengawal keselamatan dituduh bunuh penyelia kedai buku





Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker