Tuchel malu dibelasah Arsenal
Tuchel malu dibelasah Arsenal

ORLANDO: Thomas Tuchel mengakui dia sangsi sama ada Chelsea sudah bersedia untuk musim baru selepas dibelasah Arsenal 4-0 pada aksi terakhir pramusim mereka, hari ini.
“Kami tewas di tangan pasukan yang tidak bermain Liga Juara-Juara.
“Ia pemain yang sama jadi apa yang berubah?”
Dia mempersoalkan mentaliti pemainnya selepas mengatakan bahawa Charlotte beraksi dengan lebih bersemangat dalam aksi persahabatan sebelum ini.
Kami tidak cukup baik.. kami tidak kompetitif.
Ketika ditanya sama ada Chelsea sudah bersedia untuk musim baharu, Tuchel membayangkan tidak dan mendakwa sebahagian pemainnya mula berfikir ke tempat lain.
“Saya tak boleh jamin. Tahap komitmen yang berkurangan mungkin kerana ramai pemain berfikir untuk meninggalkan pasukan dan melihat pilihan mereka.
“Kami harapkan perkembangan lebih baik tetapi buat masa ini, kami berdepan isu sama kerana kami ada pemain yang sama,” tambahnya. -AGENSI
Pelajar cedera dibelasah enam rakan sekolah
Tuchel malu dibelasah Arsenal
Disyorkan Untuk Anda :
- Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara
- Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir
- Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?
Lawati Laman :
Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?