Wanita maut, 9 cedera van terbabas

Wanita maut, 9 cedera van terbabas

Wanita maut, 9 cedera van terbabas
Gambar hiasan

IPOH: Seorang wanita maut, manakala sembilan lagi termasuk termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera, apabila van dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 178.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira jam 6.20 petang tadi.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah van yang dinaiki 10 orang, dipercayai terbabas akibat tayar kenderaan pecah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. – BERNAMA





Pemandu van maut nahas rempuh treler

Wanita maut, 9 cedera van terbabas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker