Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan

Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan

Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan
Seorang wanita maut dilanggar di KM7 Lebuh Raya Persekutuan kira-kira jam 12 tengah malam tadi. – Foto ihsan IPD Shah Alam

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan pemandu bersama kenderaan dipercayai melanggar seorang wanita hingga maut di Kilometer (KM) 7 Lebuh Raya Persekutuan, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 33 tahun dipercayai sedang berjalan kaki dan melintas jalan ketika dilanggar kenderaan belum dipastikan yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

“Mangsa yang berpakaian warna hitam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.





Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kanak-kanak maut dilanggar motosikal ketika beraya

Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker