100 pokok ganja ditanam di bangunan Parlimen Thailand

100 pokok ganja ditanam di bangunan Parlimen Thailand

100 pokok ganja ditanam di bangunan Parlimen Thailand
POKOK ganja ditemukan di pekarangan bangunan Parlimen di Bangkok, Thailand. – MATICHON

 

BANGKOK: Lebih 100 pokok ganja didapati ditanam di pekarangan bangunan Parlimen di Bangkok, Thailand, hujung minggu lalu.

Tanaman itu ditemukan oleh sepasukan pegawai yang dikerahkan untuk mengendalikan masalah kerosakan disebabkan sebatang pokok besar tumbang di dalam kawasan Parlimen akibat angin kencang.

Lapor thethaiger.com, setakat ini, butiran mengenai pihak yang menanam pokok ganja atau bagaimana ia tumbuh di kawasan bangunan kerajaan tidak dapat dipastikan.





Satu siasatan dilancarkan dan Pengarah Pejabat Keselamatan Parlimen diarahkan untuk menyiasat pihak yang berkemungkinan menanam pokok tersebut di bangunan kerajaan.

Polis juga diarahkan untuk memindahkan semua pokok ganja ditemukan itu ke lokasi lain di luar kawasan bangunan kerajaan.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Sementara itu, seorang bekas Ahli Parlimen Parti Demokrat dengan sinis memuji bakat individu yang mengusahkan tanaman ganja itu di atas tanah kerajaan.





“Sesiapa yang menanam pokok ganja ini mempunyai kemahiran pertanian yang hebat.

“Kualiti tanah di sekitar bangunan Parlimen adalah baik, namun apa yang menghairankan adalah sebelum ini lebih 347 pokok mati, tetapi pokok ganja ini pula boleh tumbuh dengan baik,” katanya.

Thailand benarkan ganja ditanam di rumah

100 pokok ganja ditanam di bangunan Parlimen Thailand

 






Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker