2 ahli sindiket edar dadah dicekup

2 ahli sindiket edar dadah dicekup

2 ahli sindiket edar dadah dicekup
Botol minuman serta bungkusan aluminium berisi dadah dianggarkan bernilai RM31,400 yang dirampas daripada dua lelaki di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang, kelmarin. – Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan sindiket dadah yang dipercayai memasarkan dadah ke pusat hiburan di sekitar Lembah Klang dengan penahanan dua lelaki di sebuah kondominium di Batu 9, Cheras dekat sini, kelmarin.

Menerusi tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM31,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata tangkapan pertama dibuat pada jam 12.40 tengah malam membabitkan seorang lelaki tempatan dalam kawasan kondominium itu.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menemui empat paket plastik berisi serbuk disyaki ekstasi seberat 54.8 gram (g) serta empat botol minuman plastik mengandungi cecair disyaki cecair ekstasi kira-kira 1.4 liter.





“Pada jam 1.30 pagi, pasukan sama dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Polis Daerah Kajang menahan seorang lagi suspek di sebuah premis kedai di kondominium terbabit dan merampas satu bekas plastik hijau yang sedang dipegang suspek.

“Pemeriksaan dalam bekas plastik itu menemui 219 peket plastik berisi serbuk disyaki ekstasi seberat 4.5 kilogram, dua paket plastik berisi 61 pil disyaki eskstasi seberat 28.7 g serta satu peket plastik disyaki berisi ketamin (8.2 g).

“Kita turut menemui lima bungkusan almunium berisi 50 pil disyaki erimin 5 seberat 16.1 g,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Zaid, semakan mendapati kedua-dua suspek, masing-masing berusia 35 dan 30 tahun itu tidak bekerja dan suspek pertama mempunyai dua rekod dadah serta lima rekod jenayah lampau.

“Ujian saringan air kencing dijalankan pula mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.





“Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM31,405 dan ia dipercayai untuk dipasarkan ke pusat hiburan sekitar Lembah Klang,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari hingga 29 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau sebatan tidak kurang 15 sebatan.

Aaron Aziz lega hasrat tercapai





2 ahli sindiket edar dadah dicekup

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker