Azeem mahu hapus gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’

Azeem mahu hapus gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’

Azeem mahu hapus gelaran 'Usain Bolt Malaysia'
Pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menghapuskan julukan ‘Usain Bolt Malaysia’. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menghapuskan julukan ‘Usain Bolt Malaysia’, pada penampilannya di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia dari 1 hingga 6 Ogos ini.

Muhammad Azeem yang akan beraksi dalam acara 100 meter (m) dan 200m berkata kejohanan berprestij itu, adalah peluang terbaik beliau mencipta nama tersendiri, dan membuktikan kepada dunia siapa dirinya sebenar.

“Sebelum ini mungkin saya dikenali sebagai Usain Bolt Malaysia, tetapi secara peribadi saya nak orang kenal saya sebagai Azeem Fahmi bukannya Usain Bolt Malaysia. Saya juga nak buktikan dekat semua orang yang saya bukan ‘one year wonderboy’.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk buktikan yang mana saya bukan hanya boleh lakukan yang terbaik di dalam negara, malah di luar juga,” katanya ketika ditemui pada sesi simulasi sistem ‘false start’ bersama barisan atlet pecut negara di Stadium Nasional di Bukit Jalil, hari ini.





Pada masa sama, atlet berusia 18 tahun itu berkata Bolt yang merupakan legenda pecut Jamaica dan pemegang rekod 100m dan 200m dunia, mempunyai karakter yang berbeza dengan dirinya, menyebabkan beliau ingin dikenali kerana personaliti yang dimilikinya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Kita tak tahu di masa depan mungkin rezeki saya lebih jauh lagi ke depan dan mungkin saya juga boleh berada di pentas dunia, adakah orang (masih) akan mengenali saya sebagai Usain Bolt atau Azeem Fahmi,” katanya.

Menjelang kejohanan dunia di Cali, Muhammad Azeem dilihat berada pada tahap terbaiknya selepas mencatat masa peribadi terbaik 10.28 saat (s) dalam 100m pada Jun lepas, sebelum merakam catatan peribadi terbaik bagi 200m dengan masa 20.89s sebulan kemudian.





Dia yang menyedari bakal berhadapan atlet berkelas dunia di sana berkata perkara itu tidak akan melunturkan semangatnya, serta menjadi penghalang kepada fokusnya bagi memperbaharui catatan masa peribadi terbaik.

“Dengan adanya atlet lebih laju di luar sana mungkin sedikit sebanyak dapat bantu saya berlari lebih baik di sana, dan sasaran saya cuma nak memecahkan rekod peribadi dan kalau ada rezeki itu ia akan menjadi rekod kebangsaan kita, insya-Allah,” katanya yang hanya mahu menikmati lariannya di kejohanan itu.

Rekod kebangsaan acara 100m dipegang pemenang pingat emas Sukan Sea 2017 Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dicipta pada 2016, sementara rekod 200m dengan catatan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dilakukan pada 2019.

Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun turut mampu menjadi medan bagi Muhammad Azeem mengubati kekecewaan di Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam Mei lepas, selepas penyertaannya dalam 100m dibatalkan susulan ‘false start’.

Selain Muhammad Azeem, tiga lagi atlet remaja negara yang berpeluang memperagakan kehebatan di pentas dunia di Cali adalah atlet 110m lari berpagar lelaki Elvin Yap, Jonah Chang (lontar peluru lelaki) dan Muhammad Shah Sholihin dalam acara lompat kijang lelaki. – BERNAMA





‘Usain Bolt Malaysia’ mohon maaf

Azeem mahu hapus gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker