Bakar bekas isteri kerana enggan rujuk, lelaki dihukum mati di China

Bakar bekas isteri kerana enggan rujuk, lelaki dihukum mati di China

Bakar bekas isteri kerana enggan rujuk, lelaki dihukum mati di China
LHAMO merupakan etnik Tibet dan sering memakai pakaian tradisional dalam video dirakam. – AGENSI

BEIJING: Sebuah mahkamah di China melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah bersalah kerana membakar bekas isterinya semasa mangsa bersiaran secara langsung di media sosial.Lapor The Guardian, mahkamah rakyat perantaraan di wilayah autonomi Ngawa Tibet dan Qiang menerusi satu kenyataan memaklumkan pesalah yang dikenali sebagai Tang Lu sudah menjalani hukuman tersebut.

Tang membakar bekas isterinya pada September 2020 semasa mangsa melakukan penstriman langsung di aplikasi Douyin.

Douyin merupakan versi TikTok China yang dikendalikan oleh syarikat induk yang sama.

Wanita berusia 30 tahun itu dikenali dengan nama `Lhamo’, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya beberapa minggu kemudian.





Dalam beberapa video pendek dan strim langsung, Lhamo menceritakan mengenai kehidupannya dan mempamerkan kawasan luar bandar Sichuan.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Lhamo merupakan etnik Tibet dan sering memakai pakaian tradisional dalam video tersebut.

Kempen berhubung kematian Lhamo semakin rancak apabila Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa perlindungan terhadap hak dan kepentingan wanita ‘harus menjadi komitmen negara’.





Malah, beberapa tanda pagar diwujudkan termasuk #LhamoAct yang menggesa undang-undang membenarkan mangsa mendapatkan penceraian secara automatik, tersebar dalam media sosial.

Sementara itu, adik perempuan Lhamo memberitahu Paper, mangsa mengalami penderaan domestik oleh Tang selama beberapa tahun dan memutuskan untuk menceraikan suaminya.

Polis menahan lelaki itu beberapa hari selepas berita serangan itu tersebar.

Tang memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu namun kalah dalam permohonan pada Januari lalu.

FIZI ALI AKUI TAK PERNAH RANCANG ISU RUJUK





Bakar bekas isteri kerana enggan rujuk, lelaki dihukum mati di China

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker