Bukan gagal bayar gaji tetapi lambat bayar

Bukan gagal bayar gaji tetapi lambat bayar

Bukan gagal bayar gaji tetapi lambat bayar
Ab Ghani akui masalah tunggakan gaji pemain tidak lagi serius.

KUALA LUMPUR: Masalah tunggakan gaji yang menjadi ‘barah’ dalam kancah bola sepak tempatan tampak sudah ‘diubati’ sedikit demi sedikit apabila isu terbabit disifatkan tidak begitu serius susulan pertukaran persatuan bola sepak (FA) ke pasukan bola sepak (FC).

Situasi itu diakui Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan yang melihat pasukan tetap melaksanakan tanggungjawab untuk membayar gaji kepada pemain masing-masing walaupun terlewat daripada tarikh yang dinyatakan dalam kontrak.

Malah, pengurangan jumlah tunggakan gaji yang dilaporkan juga memberi petanda positif sekali gus Ghani mengharapkan semua pasukan bertanding dapat meneruskan ‘rentak’ itu untuk masa akan datang.

“Masalah gaji memang ada tetapi tidak semua pasukan, hanya satu atau dua pasukan. Tindakan begitu teliti di peringkat pelesenan di mana kita akan melakukan pemeriksaan seminggu sekali ataupun dua minggu sekali untuk pastikan tiada masalah.





“Kita lihat pun bukan gagal (bayar gaji) tetapi lambat bayar. Lambat pun (pasukan) tetap bayar juga bukan gagal dengan tidak bayar langsung seperti yang berlaku satu ketika dahulu di Perlis.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Kalau dulu pembayaran gaji (tertunggak) ini hampir RM20 juta tetapi hari ini, tidak banyak, sekitar RM3 ke RM4 juta sahaja di peringkat pasukan terbabit.

“Banyak perubahan berlaku apabila penstrukturan FA ke FC dan kita buat mengikut kehendak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” kata Ghani.





Dalam perkembangan lain, Ghani tidak melihat akan timbulnya masalah yang ‘dahsyat’ susulan penstrukturan Liga Super yang menyaksikan 18 pasukan akan menyertai saingan elit itu bermula musim depan.

Namun Ghani tetap menjangkakan cabaran akan tertumpu kepada penjadualan perlawanan selepas berlakunya pertambahan perlawanan yang lebih banyak berbanding musim ini.

“Mungkin pada jadual perlawanan sebab ada pertambahan perlawanan tetapi kita pun sudah menyusun jadual untuk musim 2023 dan berunding dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kim Pan Gon serta bagi pertandingan AFC.

“Kita perlu pastikan perjalanan liga yang membabitkan lebih 30 perlawanan itu berjalan dengan lancar. Mungkin akan ada kelemahan dalam proses itu nanti tetapi kita akan perbaiki dari semasa ke semasa.

“Inilah pentingnya bengkel dengan pasukan supaya mereka dapat mereka maklumat kepada MFL dan sebagainya,” katanya.





BAPA NORYN AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH

 

Bukan gagal bayar gaji tetapi lambat bayar

 






Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker