Calon suami tak jadi nak kahwin!

Calon suami tak jadi nak kahwin!
Calon suami tak jadi nak kahwin!
NUR Ain pasrah hari bahagia dibatalkan pada saat-saat
Kuala Lumpur: Pelamin anganku musnah. Itu gambaran nasib seorang wanita yang terpaksa melupakan impian bergelar isteri, semalam.
Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita itu yang dikenali sebagai Nur Ain berkata, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam namun ia dibatalkan tiga hari sebelumnya.
Menurutnya, segala persiapan untuk kenduri termasuk cincin hantaran sudah disiapkan namun ia terpaksa dilupakan.

“Dukacita memaklumkan, akad nikah saya yang sepatutnya berlangsung 24/7/2022 dibatalkan,” katanya yang menggunakan akaun Instagram @ainqomart_.

Malah, berdasarkan tangkap layar bersama individu dipercayai abang lelaki itu, keluarga pihak lelaki mendakwa tidak mengetahui tunangnya itu sepatutnya bernikah, semalam.

“Sebenarnya kita orang (Nur Ain dan bekas tunang) dah buat semua borang dan ‘deal’ dengan baba Ain sekali. Lulus akad 24 hari bulan ini. Kenduri Ain dah set up (uruskan). Tiba-tiba hari ini Ude (merujuk bekas teman lelakinya) cakap cancel (batal), Ude tak nak kahwin,” kata mesej menerusi tangkap layar itu.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 





Menurut Nur Ain, segala perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan digunakan hasil daripada pendapatannya termasuk menempah jurufoto pada majlis berkenaan.

Sebagai ganti kepada kerugian yang dialami daripada pembatalan itu, bekas tunangnya tidak menuntut kembali cincin pertunangan dan pernikahan mereka.

Selain itu, perkongsiannya di TikTok mendapat 1.3 juta tontonan dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit.

“Mungkin bukan jodoh awak, sakit tak jadi kahwin itu tidak seteruk sakit salah pilih suami. Semoga Allah gantikan dengan lebih baik lepas ini untuk awak,” kata seorang netizen.

Harian Metro cuba mendapatkan komen lanjut daripada Nur Ain namun sehingga petang semalam, masih belum berjawab.





NEELOFA ENGGAN TUNJUK WAJAH ANAK

Calon suami tak jadi nak kahwin!

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin





 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker