Droupadi Murmu angkat sumpah Presiden baharu India
Droupadi Murmu angkat sumpah Presiden baharu India
NEW DELHI: Ahli politik, Droupadi Murmu mengangkat sumpah sebagai Presiden India ke-15 dalam satu majlis diadakan di bandar itu pada hari ini.
Ia sekaligus menjadikan Murmu sebagai individu pertama daripada puak suku kaum di India yang berkhidmat sebagai ketua negara.
Murmu, 64, yang berasal dari puak Santhal dan dilahirkan di negeri Odisha, memberi penghormatan sebelum upacara angkat sumpah di tugu peringatan wira kemerdekaan India, Mahatma Gandhi di Delhi.
Murmu menggantikan Ram Nath Kovind, 76, yang tamat penggal lima tahun, semalam.
Bekas guru sekolah dan gabenor negeri itu dipilih untuk memimpin negara selepas memperoleh 64 peratus undi oleh ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri India.
Murmu yang dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, 84.
Disyorkan Untuk Anda :
- Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara
- Bukan Apandi Ali Yang Patut Di Siasat, Tetapi Mahathir
- Adakah Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin, Mat Sabu Dan Lim Guan Eng Juga Terlibat Dalam Isu Tuntutan Sulu?
Selain itu, Murmu juga merupakan presiden wanita kedua India selepas Pratibha Patil yang memegang jawatan itu selama lima tahun dari 2007.
Ram Nath Kovind merupakan presiden kedua negara itu dari masyarakat Dalit. – AFP
Droupadi Murmu angkat sumpah Presiden baharu India
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?
- Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta
- PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba