Gara-gara selisih faham, lelaki tumbuk suami sepupu sendiri

Gara-gara selisih faham, lelaki tumbuk suami sepupu sendiri

Gara-gara selisih faham, lelaki tumbuk suami sepupu sendiri
– Foto hiasan

TANAH MERAH: Berang dituduh menggoda isteri orang, seorang lelaki bertindak menumbuk suami kepada sepupunya.

Dalam kejadian pada jam 6 petang di sini, semalam, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami bengkak pada pipi kanan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum kejadian, mangsa pergi ke stesen teksi di bandar ini untuk berjumpa dengan suspek sebelum berlaku perselisihan faham.

“Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian.





“Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang berusia 42 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk diambil keterangan untuk bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).

Selisih faham di Facebook punca bakar kereta

Gara-gara selisih faham, lelaki tumbuk suami sepupu sendiri

 






Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker