Himpunan turun harga barang: Adam Adli antara 10 diambil keterangan

Himpunan turun harga barang: Adam Adli antara 10 diambil keterangan

Adam Adli antara 10 diambil keterangan
Adam (tengah) antara peserta yang dipanggil bagi diambil keterangan di IPD Dang Wangi hari ini. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan 10 individu termasuk pemimpin parti politik pembangkang berhubung himpunan bantah kenaikan harga barang di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata mereka antara 30 individu yang dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Setakat ini, 10 individu sudah selesai dirakam keterangan berhubung penganjuran himpunan itu.

“Esok pula seramai 15 individu lagi dijangka akan hadir bagi diambil keterangan mereka,” katanya hari ini.





Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, pemimpin parti politik yang dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 2.40 petang.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Antara pemimpin parti politik yang sudah selesai dirakam keterangan adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Abbas Salimmi Che Adzmi.





Pada jam 2 petang Sabtu lalu, sekitar 100 individu menyertai himpunan itu di Jalan TAR dan percubaan mereka untuk berarak ke Dataran Merdeka, gagal selepas disekat polis.

Perhimpunan dipercayai bagi menyatakan protes terhadap peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.

Selain itu, peserta mengulangi lima tuntutan mereka terhadap kerajaan iaitu menuntut pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat, mengekalkan subsidi serta tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi lain.

Mereka juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan, makanan di kafeteria termasuk vendor di dalam universiti kerana berlaku peningkatan harga mendadak.

Peserta Himpunan Turun Harga Barang disekat ke Dataran Merdeka





Himpunan turun harga barang: Adam Adli antara 10 diambil keterangan

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker