Indonesia, Malaysia cari jalan keluar isu pekerja asing

Indonesia, Malaysia cari jalan keluar isu pekerja asing

Indonesia, Malaysia cari jalan keluar isu pekerja asing
MALAYSIA bergantung dengan pekerja asing dari Indonesia bagi mengisi keperluan di sektor yang bukan menjadi pilihan pekerjaan penduduk tempatan.-AFP

JAKARTA: Kerajaan Indonesia dan Malaysia masih mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian berhubung masalah penempatan Pekerja Migran Indonesia (PMI).

Lapor Kompas.com, Jurucakap Utama Pejabat Staf Presiden, Fadjar Dwi Wisnuwardhani berkata, secara konsensus kedua-dua negara perlu menghormati dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja asing.

“Pencabulan MoU itu menghakis kepercayaan antara Presiden Indonesa dan Perdana Menteri di Malaysia.

“MoU itu ditandatangani sejak 1 April lalu mengenai penempatan PMI hanya dilakukan melalui Sistem Penempatan Satu Saluran (OCS),” katanya.





13 Julai lalu, Kerajaan Indonesia mengumumkan pemberhentian secara sementara penghantaran rakyatnya untuk bekerja di Malaysia selepas dakwaan wujud pelanggaran dalam perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua negara.

Pembekuan penghantaran pekerja dari Indonesia termasuk ribuan dalam sektor perladangan memberi tamparan kepada Malaysia yang merupakan pengeluar dan pembekal minyak sawit kedua terbesar di dunia, sekali gus menyebabkan negara menghadapi kekurangan kira-kira 1.2 juta pekerja yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi negara.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Pembekuan itu dikenakan selepas Jabatan Imigresen Malaysia masih meneruskan penggunaan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) bagi tenaga kerja domestik yang dikaitkan dengan dakwaan pemerdagangan manusia dan buruh paksa.





Menurut Fadjar, sistem itu menempatkan pekerja asing secara langsung dengan mengubah visa pelancong menjadi visa kerja, termasuk bagi pekerja asal Indonesia.

“Sistem ini (SMO) dinilai pihak Indonesia membuatkan perlindungan pekerja asing semakin terancam dan kita tidak mempunyai data PMI.

“Keadaan tersebut akan menjadi sulit dalam usaha memberikan perlindungan kepada PMI saat menghadapi pelbagai masalah. Contohnya, seperti pasport ditahan oleh majikan, gaji dipotong dan tiada kontrak kerja.

“Ini semua disebabkan pelaksanaan undang-undang yang lemah oleh kerajaan Malaysia terhadap pekerja asing,” jelasnya.

Facebook akan hentikan sistem kenal pasti wajah





Indonesia, Malaysia cari jalan keluar isu pekerja asing

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker