Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid!

Tapi netizen ‘melting’ tengok bapa... “Pakcik ni masa muda confirm handsome”

Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid!

Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid!
Video prank dilakukan oleh Lisa terhadap bapanya telah meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan di TikTok.

HATI mana sanggup membiarkan ibu bapa sendiri terus bersusah payah ketika mereka meniti usia tua.

Bagi Nik Nurin Alisa Zurizalazuan, 24, dek kerana kasihan melihat bapanya terpaksa terus bersabar melayan kerenah motosikal lama yang sering rosak, dia berpakat dengan adik-beradik lain untuk menghadian sebuah kenderaan baharu.

Perkongsian Nik Nurin Alisa atau Lisa di TikTok yang melakukan kejutan kepada bapanya Zurizalazuan Mohamad, 53, mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

“Dua minggu lepas motosikal yang ayah guna pergi kerja rosak. Malah sejak dua bulan lepas lagi memang selalu buat hal sampai menelan kos RM800. Baru ni pun rosak kena lebih kurang RM500 lagi.

“Saya dan adik-beradik lain takut motosikal ayah rosak lagi, jadinya daripada ayah teruskan baiki lebih baik kami belikan yang baharu saja untuk dia. Tapi apabila beritahu cadangan dekat ayah untuk kami beli yang baharu, ayah menolak.





“Ayah lebih rela menaiki LRT ke kedainya di UTC (Pusat Transformasi Bandar) Keramat berbanding mengadu kesusahannya kepada anak-anak. Saya ada ajak ayah ke kedai motosikal untuk survey. Saya nak beli menggunakan slip gaji sendiri dan bayar tapi ayah menolak,” katanya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Menurut Lisa yang merupakan anak sulung daripada lima beradik, kereta milik bapanya juga tidak dapat digunakan kerana kini sedang dibaiki dan bakal menelan perbelanjaan lebih ribuan ringgit.

Memahami situasi kewangan bapanya, Lisa dan adik keduanya nekad untuk belikan bapa mereka sebuah motosikal tanpa pengetahuannya.





Tambahnya yang kini menetap di Subang, Selangor, motosikal lama milik bapanya ini sudah digunakan lebih 14 tahun sejak dia berusia 10 tahun.

Lisa bersama bapanya, Zurizalazuan.

Jelas Lisa yang mengambil jurusan Jurutera Aeronautical (Aircraft Maintenance) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor, inilah masa sesuai untuk dia sebagai anak membalas jasa dan pengorbanan bapanya selama ini dalam membesarkan anak-anak.

“Baru dua bulan saya bekerja dan adik masih lagi belajar. Kami berdua masing-masing belajar dalam bidang penerbangan. Kos komitmen adik sahaja menelan belanja lebih RM2,000 sebulan belum termasuk adik-beradik lain.

“Sebelum ni memang ayah tanggung saya belajar sekali tapi sebab saya sudah berkahwin, suami pula bertanggungjawab menanggung saya termasuk duit gaji saya bekerja sendiri.

 





Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid!
Lisa (tengah) merupakan anak sulung dalam keluarga.

“Kami adik-beradik faham sangat kenapa ayah tak nak beli motosikal baharu sebab nak utamakan anak-anak terlebih dahulu. Jadi kamilah buat keputusan untuk belikan juga sebagai kejutan buat ayah,” katanya.

Selepas beberapa hari berbincang, Lisa dan adiknya berjaya membelikan sebuah motosikal jenis WMOTO es250i pada 21 Julai lalu.

“Prank kami lakukan awal-awal video tu secara spontan saja. Saya mulakan dengan berikan helmet baharu sebab seminggu sebelum tu ayah beli topi keledar baharu lepas dia punya hilang.

Ayah beritahu kami yang dia rasmikan tunggang motosikal tu dengan destinasi pertama ke masjid untuk solat Jumaat.

NIK NURIN ALISA

“Jadi saya minta ayah pakai helmet untuk motosikal baharu. Reaksi ayah lepas dapat tahu dapat motosikal baharu… dia ‘speechless’. Tapi lepas kejadian, ayah tak berhenti ucap terima kasih.

“Dia siap tanya bayar guna apa tapi saya beritahu dia supaya jangan risau. Ayah beritahu kami yang dia rasmikan tunggang motosikal tu dengan destinasi pertama ke masjid untuk solat Jumaat. Kami seronok dapat beri benda manfaat dekat ayah,” ujar Lisa.





Tambah Lisa bapanya merupakan penggemar motosikal jenis skuter kerana mudah digunakan untuk kegunaan harian.

Zurizalazuan menaiki motosikal baharu yang dihadiahkan oleh dua orang anaknya.

“Ayah memang suka naik motosikal jenis skuter. Sebelum ni memang sudah ada tiga motosikal dia semua jenis skuter.

“Alasan ayah naik skuter sebab dia selalu belikan barang dapur dekat pasar untuk mak. Jadi lagi senang nak bawa semua barang dan pergi ke kedai sendiri di Villa Duta… jadi kami cari jenis skuter juga bagi memudahkan dia.

“Tujuan saya kongsi video tu sebab seronok tengok ayah gembira dapat motosikal baharu. Saya tak mengharapkan viral sebab nak simpan untuk kenangan peribadi saja tapi tak sangka boleh dapat perhatian netizen pula,” katanya.

Berikutan video yang dimuat naik di TikTok sehingga menjadi tular, rata-rata netizen memuji serta terharu dengan pengorbanan Lisa demi membalas jasa bapanya.

“Comelnya reaction ayah dia apabila dapat motor, bestnya ada ayah.

“Pakcik ni masa muda confirm handsome kan?

“Chill je hujung-hujung, tapi tau dalam hati mesti macam nak menangis ayah awak tu.

“Motor tu tak mahal… yang mahal memberi kebahagiaan pada ayah tu,” demikian kata netizen.

LISA SURIHANI SERING SERTAI MAJLIS ILMU AGAMA

Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid!

 


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker