Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta

Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta

Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta

Orang Jawa ada berkata, ku sangka panas sampai ke petang, rrrupa-rupanya hujan di tengahari.

Ku sangka nama Dr Mahathir yang sesuci embun pagi tidak terpalit dengan rasuah UKSB, rrrupa-rupanya ada juga.

Kalau Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu diberi RM1.3 juta, imbuhan yang Perdana Menteri ketika itu terima, mesti tak sama.





Mesti kasi up itu nombor.

Bukan layanan undang-undang jer yang ada ‘double stadard’, rrrupa-rupanya imbuhan yang diterima pun mesti ‘double’, bersesuaian dengan hierarki.

Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, David Tan, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu menerima RM2.6 juta dari UKSB.

Dan menurut David Tan, wang itu diberikan kepada Dr Mahathir sebagai dana politik.

Baca di sini:





1) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/979963/tun-m-terima-dana-politik-rm26-juta-daripada-uksb-saksi-pendakwaan

2) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/uksb-beri-sumbangan-politik-rm26-juta-kepada-tun-m-saksi-372788

David Tan memberitahu Mahkamah Tinggi wang itu diserahkan melalui anak saudara Dr Mahathir, Rahmat Abu Bakar.

Dalam soal jawab antara David Tan dan peguam DS Zahid, Ahmad Zaidi di Mahkamah Tinggi:

Zaidi: Mengapa beri derma RM2.6 juta kepada Rahmat?





Tan: Sebagai dana politik untuk Mahathir dan Bersatu.

Pada 17 Jun, Tan memberi keterangan bahawa menteri dalam negeri bawah pentadbiran PH ketika itu, Muhyiddin Yassin, turut menerima RM1.3 juta daripada UKSB.

Wang itu diserahkan kepada Pengarah SHH Resources Bhd Teo Wee Cheng, yang juga teman rapat Muhyiddin.

Zaidi: Adakah tertuduh (Zahid) juga terima derma politik daripada UKSB?

Tan: Ya





Zaidi: Adakah anda nampak Mahathir dan Muhyiddin duduk bersama tertuduh (Zahid) di kandang (tertuduh)?

Tan: Tidak

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan SPRM:

Kalau saksi pendakwaan mengesahkan pemberian dana kepada DS Zahid adalah dana politik sebagaimana yang Dr Mahathir & gang terima, kenapa hanya DS Zahid sahaja yang didakwa?

 





Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker